HOBI MASA LAMPAU



Siapa sini yang sinonim dengan perkataan sahabat pena? zaman sekarang ni, ada lagi ke sahabat pena? rasanya macam ada lagi tapi dah kurang kan.. sebab yelah, zaman serba canggih ni, dengan Facebook, dengan twitter, dan macam-macam teknologi, macam dah tak sesuai guna istilah sahabat pena. ianya lebih kepada sahabat cyber..ceh, gitu..


IbuNoey teringat masa zaman sekolah rendah dulu; sekitar tahun 90-an. masa tu, IbuNoey memang sangat teruja dengan istilah sahabat pena ni. masa tu, rajin sangat belek suratkhabar. IbuNoey ingat lagi, kebanyakan surat khabar masa tu ada ruang untuk sahabat pena. ada letak gambar, tarikh lahir, nama dan alamat. tinggal pilih je. lepas tu, hantarlah surat pengenalan diri dan niat untuk berkenalan.



Kadang-kadang bila kita hantar, ada yang tak membalas. tapi IbuNoey masih teringat dengan seorang sahabat pena IbuNoey ni. namanya kak Asniyah. kak As masa tu tinggal kat Cheras tapi dia berasal dari Kota Kinabalu. lama juga kami berhubung; hampir 2 tahun. masa tu, IbuNoey gunakan alamat sekolah. jadi bila dapat je surat, memang rasa teruja sangat la.. tapi, macam biasa la, surat biasanya dah siap-siap terbuka sebab pihak sekolah akan tengok dulu untuk pastikan itu bukan surat cinta. zaman dulu kan sangat DILARANG bercinta masa sekolah.



Tapi lama-kelamaan, kami dah jarang berhubung. sehingga sampai satu masa, kami terus lost-contact. tapi memang best bila berhubung dengan kak As ni. dia selalu nasihatkan IbuNoey supaya belajar rajin-rajin, ikut nasihat ibubapa, jaga perangai. 



Kadang-kadang teringin nak ada sahabat pena semula. siapa nak, meh bagi alamat. hehe...

Baca ni:


Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
3 Komen untuk "HOBI MASA LAMPAU"

mengimbau kenangan lama akak ni :)

kan..best.tp tak pernah ada.cma yg ada sahabt yg jupe setiap kali pergi kem, kendian utus surat.skrg semua dh lost contact..huhuhu.tetina rindu la pulak vla bca entry ibu noey ni.

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia