PERCUMA BAUCAR ZALORA RM50



Korang kalau dapat baucar gini, teruja tak? Especially pada yang kaki shopping online macam IbuNoey ni. IbuNoey of course la teruja. Lagilah pula selama ni memang teringin sangat nak membeli di Zalora.

Kisahnya IbuNoey dapat baucar masa AyahMal beli handphone baru. Handphone Lenovo yang IbuNoey belikan awal tahun tadi dah rosak skrinnya gara-gara dihumban oleh Firas. Kali ni AyahMal beli handphone Samsung Galaxy Mega 2 (gambar kat bawah). Bagi IbuNoey, macam agak tak sesuai kalau AyahMal pakai handphone ni sebab saiznya agak besar. Dahla AyahMal ni kerja jenis yang lasak. Pulak tu tak suka bawa beg kalau pergi mana-mana. Selalunya wallet dan handphone just sumbat kat poket belakang seluar.



Tapi dah memang itu citarasa dan kehendak AyahMal, tak boleh nak kata apa dah. So, belilah. Masa tu beli kat kedai Celcom di Aeon Big Wangsa Maju. IbuNoey yang cadangkan beli kat sana sebab ikut pengalaman IbuNoey beli handphone IbuNoey kat sana, memang puas hati. Sampai sekarang performance still okay. Cuma bateri je kena ganti.

So, dapatla beli handphone ni. Tapi terpaksa ambil warna putih sebab warna hitam takde stok. Harganya RM1,249; plus casing, screen protector, memory card 8gb. Dan juga free baucar Zalora RM50. Bila dapat je baucar Zalora tu, senyum sampai telinga la IbuNoey jadinya. Yes, boleh shopping di Zalora..

Korang nak baucar gak tak? Nah, ambil kod ni  ZBAPQWQ2. Nanti boleh dapat diskaun 15% yer... Key in masa checkout nanti. Terhad kepada pelanggan kali pertama je tau. Kalau sebelum ni dah pernah beli kat Zalora, tak valid untuk dapat diskaun tu. Tak pun, korang create new account guna email lain je. 

Psst... Lepas ni, IbuNoey bagitau apa barang-barang yang IbuNoey dah beli kat Zalora guna baucar RM50 tu ye...


Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
2 Komen untuk "PERCUMA BAUCAR ZALORA RM50"

wah2 menarik tuh.. menggalakkan bershopping tuh..

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia