MUSIM DEMAM

By Permata Malap - 4:54 pm

Minggu lepas, IbuNoey demam dua hari berturut-turut. Memang tak larat sungguh. Badan pun rasa lenguh. Mujurlah minggu sebelumnya dah ada autopublish entri. Jadi taklah senyap blog kesayangan ni minggu lepas. Tapi minggu ni, blog agak sunyi sebab minggu lepas tak larat nak karang entri untuk diautopublishkan minggu ni. Ditambah lagi dengan batuk dan selsema minggu ni. Kesan demam minggu lepas kan. Dan minggu ni juga dugaan bertambah. Anak-anak pula demam.

Firas dah selamat balik dari Kluang minggu lepas. Waktu IbuNoey demam tu la. Sehari selepas IbuNoey membebel pasal kawan AyahMal yang macam tak sudi nak menolong tu. Bila Firas dah balik ni, tak boleh nak leka dah la. Kejap-kejap kena jenguk ruang tamu kalau masa tu tengah memasak kat dapur. Kalau tak, ada je la kerjanya dengan Farhan tu. Farhan pula dah berani nak naik sofa. Lepas tu, dok melompat-lompat. Berderau darah wei. Kalau jatuh, naya. Bukan lantai papan nak oi. Tapi nak buat macam mana kan. Begitulah perkembangan anak-anak. Kita sebagai ibu bapa ni kenalah pandai-pandai pantau.

Semalam, badan Firas panas. AyahMal yang perasan sebab semalam AyahMal jaga anak-anak. Tapi tak panas sangat la. Dedar gitu je. Tapi Subuh tadi badannya agak panas juga. So, hari ni bawa Firas ke klinik. Macam biasa, dapat ubat demam je. Balik dari klinik, badan Farhan pula panas. Padahal minggu lepas pun Farhan demam juga lepas IbuNoey demam. Dahlah hari ni pun AyahMal yang kena jaga anak-anak sebab pengasuh ambil cuti dari semalam lagi. AyahMal kata dia boleh jaga anak-anak kalau anak-anak sihat atau salah seorang je yang sakit tapi kalau dua-dua sakit, dia surrender. Biasalah, ketahanan mental orang lelaki dalam melayan karenah anak ketika sakit tak sama dengan ketahanan mental orang perempuan ni. So, IbuNoey pun ambil keputusan untuk ambil EL. Sebenarnya boleh je bawa salah seorang ke pejabat kalau nak jimat cuti. Tapi bagi IbuNoey, keselesaan anak-anak itu lebih penting daripada penjimatan cuti. Kalau bawa anak ke pejabat, macam mana dia nak rehat, nak tidur? Kat pejabat IbuNoey memang ada satu bilik pegawai yang kosong sebab belum ada pengganti pegawai yang bertukar. Tapi anak-anak IbuNoey ni memang takkan tidur punyalah. So, pejam mata je la pasal penjimatan cuti tu ye.

Jadi, hari ni melayanlah karenah anak-anak yang sakit. Firas dari kecil agak senyap kalau demam. So kena pantau sebab risau panas mendadak. Farhan pula kalau demam, selalunya agak aktif macam tak demam. Tapi kita kena selalu ada kat tepi dia. Tak boleh berganjak walau sekejap pun. Kalau tak, bunyilah suara sayu tu. Macam-macam perangai kan. Rasanya memang sekarang ni musim demam kan? 

  • Share:

You Might Also Like

3 berkongsi idea

  1. Alahai ciannya..jadi menjangkit-jangkit pula demam..moga cepat sembuh semuanya..

    ReplyDelete
  2. jgn kata bebudak kak... yg pun skrg dh ke arah fasa demam.. musim kot eh.. huhu

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.