Adsense kena tarik balik. Adsense oh, adsense. Kenapa sekejap timbul, sekejap tenggelam. Baru sahaja nak melonjak keriangan, dah sayu dalam harapan. Bilakah sinar akan kembali semula?
Deh, bermadahlah pula. Kisahnya, sebelum ni, dalam entri Adsense Muncul Juga, IbuNoey agak rasa bertuah sebab telah dipilih oleh pihak adsense. Dan semenjak tu, rajinlah update blog. Tapi dalam seminggu selepas tu, dapat email macam kat atas tu. Lepas tu, barulah perasan tapak iklan adsense dah kosong. Tak pasal-pasal rongak blog IbuNoey ni.
Lepas kejadian tu, IbuNoey mohon semula adsense tu. Bukan sekali dua tau. Rasanya dah lebih lima kali. Keputusannya masih sama. Disapproved. Adoyai. Apa puncanya adsense ditolak ni?
Setelah dikaji dan difikirkan, mungkin ini disebabkan iklan yang agak banyak dalam blog IbuNoey ni. Atau mungkin juga adsense merajuk sebab IbuNoey ada letak iklan lain (kecuali Nuffnang). Atau mungkin juga entri yang kurang berkualiti? Mungkin tidak (perasan lebih).
So, penyelesaian buat masa ni, IbuNoey cuba kurangkan pemasangan iklan dahulu terutama iklan yang bergambar tu. Mungkin adsense tak suka ada iklan bergambar banyak sangat sebab nanti persaingan tinggi buat adsense. Sebab IbuNoey perasan selepas letak iklan-iklan bergambar selain iklan Nuffnang, start dari situlah adsense menghilang. So, kita tunggu dan lihat sama ada berjaya atau tak.
10 berkongsi idea
erks..ada 2nd review ke? ish..susah juga dengan adsense ni ek..ish..
ReplyDeletebukan setakat ada 2nd review,kalau ada langgar syarat pun memang kena tarik balik adsense ni.memang susah.sampai sekarang masih tak approved semula adsense ni.
DeleteAssalammualaikum...
ReplyDeletesemoga berjaya dengan pengiklanan adsense yer... Insaallah.
mselim3
waalaikumussalam..
Deletemasih tak berjaya lagi ni.tapi sentiasa mencuba.terima kasih tau.:)
cik en c pernag dpt adsense.. cer bagi tip skit
ReplyDeleteJemput singgah blog Nurfuzie.com
Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
Dan pencarian Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #2
Hehe.IbuNoey nak bagi tips pasal adsense ni rasanya masih belum boleh sebab sampai ke hari ni adsense IbuNoey masih belum diapproved semula. kalau Cik EN nak tips pasal adsense, boleh terjah blog abang Hasrul Hassan. otai adsense tu.
DeleteIbuNoey... saya belum pernah cuba iklan Adsense ni.. mcm ndak pandai plak bah mo letak... nti lah sy kaji2 dulu... hehhe
ReplyDeletekaji,jangan ndak kaji.tapi tu la,susah betul mau dapat adsense ni.banyak cabaran dan liku-likunya.hehehe.
Deletekira bertuah ibunoey pernah dapat iklan adsense.. aiza mohon tapi tak pernah dapat.. mesti ada sebab dia tarik balik tu kan..
ReplyDeleteBertuah untuk sementara je,Aiza.sampai ke hari ni tuah tu tak sampai semula.hehe.tapi tak apalah.niat berblog untuk kepuasan diri.
DeletePendapat anda amat dihargai.