SALAM MAAL HIJRAH

By Permata Malap - 10:00 am

Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan 
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tekadkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman


Salam Maal Hijrah kepada pembaca semua. Terima kasih kerana tak putus-putus memberi sokongan walaupun hanya dengan menjadi 'silent reader'. So, apa azam baru korang? Eh, takkanlah buat azam masa tahun baru kalendar Gregorian je. Tahun Hijrah pun kena buat azam juga malah lagi elok terutama jika azam itu melibatkan penghijrahan dari negatif kepada positif.

IbuNoey sendiri ada azam sempena tahun baru Hijrah ni. Tapi bukanlah melibatkan sikap sebab dah berapa tahun buat azam pasal 'sikap' tapi sudahnya ke laut juga. Azam ni lebih kepada penambahbaikan sesuatu yang diperlukan untuk menambahkan nilai hidup. Tu dia, berbunga-bunga cinta pula. Haha, tak apalah. Yang penting doakan supaya azam IbuNoey ni tercapai. In shaa Allah. Korang yang belum pasang azam tu, cepat-cepatkan pasang azam ye. Moga dipermudahkan urusan kita. Amin.

Salam Maal Hijrah sekali lagi.


  • Share:

You Might Also Like

8 berkongsi idea

  1. Salam Maal Hijrah sis.. moga tahun baru ini akan membawa seribu keberkatan pada kita semua..

    ReplyDelete
  2. Salam Maal Hijrah juga dr saya.
    http://www.charityid.com/promo/dalam-rezeki-kita-ada-rezeki-orang-lain/join4now

    ReplyDelete
  3. salams maal hijrah, maaf zahir dan batin dari kak mieja:)

    ReplyDelete
  4. salam maal hijrah ibunoey.. ;)

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.