KOTAK KITAR SEMULA MESRA PENGGUNA

program kitar semula

Wah, pejabat IbuNoey dah ada kotak kitar semula. Diulangi, kotak kitar semula ye. Bukan tong kitar semula. Selain ringan dan mudah alih, warna dan bentuknya juga menarik minat. Dari jauh lagi dah boleh nampak.

Sebenarnya apa maksud kitar semula ni ya? Ini definisinya.

Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru. 
Sumber : HCHS

Dengan adanya kotak kitar semula ni, mudah untuk kami membuat pengasingan mengikut jenis-jenis bahan. Maklum sahajalah, di pejabat ni macam-macam bahan terbuang. 

hafizah jpam
Eh, eh. Ni bukan bahan terbuang tau. Sekadar menjadi model. Tapi entah di mana silapnya model boleh masuk dalam kotak pula. Apa-apa pun, jom kitar semula. 
Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
8 Komen untuk "KOTAK KITAR SEMULA MESRA PENGGUNA"

Model kitar semula tu x tahan tu.hee

ahahaha.model tak berbayar tapi memang tip top.

bagus ada kotak kitar semula begini.. lebih mudah untuk mengasingkan barangan mengikut jenisnya..

amboi model tu.. ;)

betul tu,Aiza.taklah jenuh nak asing lagi.

model tu memang suka buat keja 'gila' sikit.tapi dia tak gila la.ahahaha.

beli dekat mana yer

Erm,yang mana satu ye?yang model ke yang kotak?yang model dah sold out.ahaha.eem,kotak ni tak pasti pula beli kat mana sebab bahagian pentadbiran kami yang uruskan untuk diletak di setiap bahagian dalam jabatan kami.

kat mana nk dapatkan kotak kitar semula ni?

mana nak dapat kotak besar ni yer

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia