MOTIVASI JUMAAT : NIKMAT
By Permata Malap - 10:00 am
Sentiasalah bersyukur jika Allah memberikan ujian kepada kita kerana dengan ujian itulah kita akan sentiasa dekat kepada-Nya. Berwaspadalah jika terlalu banyak nikmat yang diberikan kepada kita kerana ianya mungkin akan menyebabkan kita semakin jauh daripada-Nya.
Ingatlah, sedangkan Nabi Muhamad s.a.w. sendiri perlu menghadapi kesukaran dan dugaan di dalam menyebarkan agama Islam. Bukankah kita yang hanya bergelar insan biasa ini juga perlu ada dugaan dan ujian di dalam hidup?
Oleh itu, bertabahlah jika diberi ujian kerana walaupun ianya menyakitkan, in shaa Allah ianya akan mendekatkan kita kepada yang Maha Esa selama kita mampu berfikir bahawa Allah tidak akan menguji hamba-Nya di luar kemampuan hamba-Nya.
2 berkongsi idea
ujian adalah bukti kasih sayang Allah swt pada kita.. hamba yang diuji akan selalu merintih dan berdoa agar terus diberikan kekuatan dan ketabahan oleh Allah swt..
ReplyDeleteitulah rahsia di sebalik ujian.supaya kita sentiasa memohon pada-Nya dan sedar bahawa kita ini hanyalah hamba-Nya.
DeletePendapat anda amat dihargai.