Bulan ni, usia Farhan dah cecah 1 tahun 10 bulan. Macam-macam perangai dan keletah dah. Kadang pening kepala melihatnya tapi terhibur sebab nampak dia semakin bijak hari demi hari. Korang tahu tak apa antara keletah anak-anak sekitar usia 1 hingga 2 tahun? Jom, IbuNoey kongsikan.
Makan Sendiri
Selalunya, anak kecil dah boleh suap makanan sendiri sebelum usia satu tahun. Tapi faham-faham je la, bersepah sana-sini. Sekarang ni, memang sentiasa nak makan sendiri la. Tak nak kena suap. Kadang pandai demand; nak makan pakai sudu. Bagi je la.
Kayuh Basikal
Erm, tengok gambar kat bawah. Ni masa Firas dulu. Sekarang dah bertukar tangan. Basikal tolak guna kaki ni memang menjadi kegemaran Farhan sekarang sebab dia boleh langgar ibunya yang tengah khusyuk tengok TV.
Cemburu
Normal bagi anak-anak untuk mempunyai perasaan cemburu. Kalau IbuNoey peluk atau cium Firas, mulalah Farhan datang dekat walaupun masa tu dia tengah bermain. Ditolaknya Firas ke tepi. Tindakan IbuNoey, mestilah peluk dia juga. Kadang rangkul kedua-duanya sekali. Bahagia bila buat begitu tau.
Sepak Bola
Masa Firas seusia Farhan dulu, IbuNoey jadi teman bermain bola sepak. Sekarang, Farhan main dengan Firas pula. IbuNoey cuma perhatikan dorang bermain. Kalau Firas agak 'ganas' tendangannya, IbuNoey tegur cara baik. Farhan pula tergelak-gelak masa nak sepak bola. Bersungguh-sungguh nak sepak tapi tak tertendang pun bola tu. Normal je kalau anak seusia Farhan masih tak stabil bila tendang bola.
Berlari dan Jatuh
Nak larang anak-anak daripada berlari, memang tak dapatlah. Kena pula bila berteman. Penjuru ke penjuru dorang 'sapu'. Kadang-kadang Farhan terbabas jatuh. Itu situasi biasa sebab pada usia Farhan ni, koordinasi badannya masih belum seimbang dengan sempurna lagi.
Koyakkan Buku
Kelakuan suka koyakkan buku adalah salah satu aktiviti penerokaan. Farhan tidak terkecuali. Kalau tak dapat buku, koyakkan tisu pun dah memadai buat Farhan, Tapi sekarang IbuNoey ajar Farhan untuk menghargai buku. Caranya, IbuNoey belikan buku berkulit tebal yang bergambar khas untuk anak-anak. Bila ada masa terluang, IbuNoey duduk bersama Farhan dan ajar sebut perkataan dalam buku tu. Lepas tu, IbuNoey biasakan Farhan untuk simpan semula buku tu di rak buku. Al-hamdulillah, dia dapat ikut cara tu. Kadang bila dia ambil buku resepi IbuNoey, dia akan belek sahaja tanpa koyakkan.
Menyanyi dan menari
Seronok kan bila dengar si kecil menyanyi? Si kecil pula seudah tentulah lagi seronok bila dapat menyanyi. Farhan sekarang ni pun memang cukup suka menyanyi. Memang tak tahulah lagu apa yang dia nyanyi tu sebab bunyi pun masih pelat. Lepas tu, pantang dengar muzik, mulalah nak goyang badan.
Suka Mengetuk
Secara umumnya, kanak-kanak seusia Farhan pasti cukup suka mengetuk apa sahaja yang ada di sekitarnya. Bingit telinga, tak usah cakaplah. Kena lagi bila bergabung dengan Firas. Jenuh nak larang. Tapi sebenarnya aktiviti ketuk mengetuk ni boleh meningkatkan koordinasi mata dan tangan anak-anak. Jadi, biarkan sahaja kelakuan mereka tu selagi tidak melibatkan barangan yang mudah pecah seperti kaca.
Tiru Gaya
Pada usia ini, anak sudah semakin pandai meniru perlakuan kita. Kalau kita menari, dia akan menari. Kalau kita sikat rambut depan cermin, dia akan membuat kelakuan yang sama meskipun tiada sikat rambut di tangannya. Jadi, biarkan anak anda ada di sisi anda ketika anda solat atau mengaji. In shaa Allah dia akan terbiasa dengan perlakuan ini.
Menconteng
Dinding rumah mungkin dah tak sebersih dahulu bila anak dah mula pandai menconteng. Kesan contengan mungkin boleh menghilangkan kesabaran. Namun usah kecewa sebab ini perlakuan biasa buat anak di usia ini. Kadang bila dah sediakan kertas pun tetap juga dinding menjadi mangsa contengan. Kalau nak lebih selamat, keluarkan pen, pensil, pensil warna, atau krayon pada waktu-waktu tertentu sahaja. Jangan simpan barang-barang tu di tempat yang mudah dicapai oleh anak-anak.

6 berkongsi idea
Sebijik sama perangai dengan anak saya yang setahun empat bulan , cuma tak reti nak menconteng dinding jer lagi .
ReplyDeletemungkin belum lagi kut.ehehe.tak pun jangan biasakan dia pegang pensil masa kita tak pantau dia.selain daripada berbahaya sebab takut masuk mulut,ianya juga boleh elakkan anak-anak daripada conteng merata-rata.
Deletedua2 comel... rasanya apa yg sis tulis tu semua anak sy dah buat masa umur 1-2 thun tu..cuma dia jarang conteng dinding... yg lain semua dia buat... hahaha... keletah anak2 ni menghiburkan sgt;)
ReplyDeletehehe.memang comel kan.walaupun ada kelakuan dorang tu yang buat kita geram tapi kena sabar.sebab budak-budak umur macam ni kena didik dengan kelembutan.
Deleteperlu peka dengan perkembangan anak-anak mengikut usianya..
ReplyDeletebetul tu,Aiza.kalau ada yang tak kena,perlu jumpa pakar kanak-kanak segera.
DeletePendapat anda amat dihargai.