SPEAKER IDAMAN SIAPA?

By Norfitri Hamdani - 3:30 pm

beli speaker

Dek kerana AyahMal teringin nak ada set home teater, adik lelaki dengan murah hatinya beli speaker cinonet ni. Keluaran SonicGear, diberi nama Titan7. Hehe. Sebenarnya IbuNoey pun tak tahu sangat pasal speaker ni.

Adik lelaki cakap speaker ni murah je. Tapi tak tahu pula dia beli kat mana. Pendapat IbuNoey tentang speaker ni, walaupun tak semegah home teater, tapi sound dia berpatutan. Kalau pasang sambil tengok citer hantu, mau tercabut jantung. Bass dia agak kuat gitu. Bass dia boleh adjust kat dua tempat; kat tombol di belakang subwoofer atau butang di hadapan (guna remote pun boleh).

Antara yang best lagi dengan speaker ni, ada USB drive dan slot untuk SD card. So, kalau korang nak dengar lagu sahaja, ambillah thumb drive korang yang ada lagu, cucuk terus kat tepi subwoofer. Kalau korang nak dengar radio pun boleh. Tapi IbuNoey tak dengar radio guna cara ni. IbuNoey buka radio dalam Astro.

Kalau nak tahu review lanjut, boleh terjah SINI. Tapi dalam bahasa Indonesia la. Ala, korang translate jer page tu nanti.

  • Share:

You Might Also Like

4 berkongsi idea

  1. wah.. best dapat speaker baru.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.tu la,alhamdulillah.tapi hakmilik asal tetap adik lelaki.

      Delete
  2. nampak kecil tapi comell.. senang sikit mo letak di tempat kecil kan IbuNoey... mo di carik jugak ni..mo beli yg besar2 ruang rumah plak terhad.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah.kalau ruang rumah terhad,bolehlah beli yang kecil-kecil macam ni.jimat ruang kan.

      Delete

Pendapat anda amat dihargai.