TIPS JIMAT CERMAT

By Permata Malap - 2:30 pm

duit malaysia

Sekarang ni, kos hidup makin meningkat hari demi hari. Kalau yang bergaji tinggi dan ada pendapatan sampingan tu, mungkin tak terasa sangatlah. Bagi keluarga yang ada ramai anak, pendapatan pun cukup-cukup makan, tak ada sumber pendapatan sampingan, memang sakit rasanya nak pastikan duit sentiasa mencukupi sehingga hujung bulan. Jadi, di kesempatan ini, IbuNoey nak kongsikan sedikit tips untuk jimat cermat supaya yang tak cukup itu boleh mencukupi.

PERTAMA
Bagi isteri yang bekerja, mungkin agak sukar mencari masa untuk memasak makanan sendiri di rumah. Lebih-lebih lagi kalau yang perlu komitmen lebih pada kerja. Balik pun lewat. Nak masak terkejar-kejar. Sudahnya makan di luar atau beli sahaja. Namun sebenarnya itulah penyumbang kepada kos yang makin meningkat. Tak salah makan di luar tetapi elakkan setiap hari, Mungkin sekali seminggu sahaja atau lebih baik lagi sekali sebulan. Jika kekangan masa yang menjadi penghalang, cuba sediakan bahan dari awal. Mungkin ada bahan-bahan tertentu yang boleh dipotong siap-siap ketika hujung minggu. Percayalah, jika anda memasak sendiri di rumah, kos hidup anda boleh dikurangkan ditambah lagi jika anda membawa bekal masakan yang telah dimasak sendiri tersebut.

KEDUA
Cuba berjinak-jinak dengan perniagaan kecil-kecilan atau membuat kerja sambilan untuk menambah pendapatan. Zaman kini, perniagaan online semakin menjadi kegilaan kerana selain menjimatkan masa, ianya juga menjimatkan kos. Lihat SINI untuk contoh. Tidak semestinya perniagaan ini melibatkan barang yang sudah siap. Anda juga boleh menjual produk yang anda hasilkan sendiri. Dengan teknologi yang serba canggih ini, anda boleh sahaja mendapat ilmu menghasilkan produk sendiri seperti Cheese Tart, Kuih Raya, Coklat Handmade, Muffin, kad kahwin, dan sebagainya.

KETIGA
Peraturan yang teramat penting bagi memastikan anda tidak boros adalah dengan mengutamakan keperluan berbanding kehendak. Hadkan pembelian barangan yang memang diperlukan sahaja. Dalam kes ini, disiplin amat penting. Jika tiada disiplin, memang sukar nak membezakan antara keperluan dan kehendak. Satu tips yang berguna, elakkan membeli-belah ketika anda lapar. Pastikan anda sudah kenyang ya.

KEEMPAT
Belilah barangan keperluan secara pukal kerana kebiasaannya harga lebih murah berbanding membeli secara individu. Penjimatan boleh diperolehi di situ. Ambil peluang ketika adanya promosi seperti ketika jualan murah atau harga runtuh. Barangan seperti kertas tisu, sabun pencuci, syampu mempunyai tarikh luput yang agak lama. Jadi tiada masalah jika anda menyimpan stok.

KELIMA
Kitar semula apa sahaja yang boleh anda terlintas di fikiran. Contohnya dalam entri Projek Meja Jahit. Jika anda melakukan projek sendiri hasil daripada bahan kitar semula, pasti kos anda akan berkurangan. Selain kitar semula, anda juga boleh menanam sayur yang mana ianya boleh digunakan untuk kegunaan sendiri atau boleh juga dijual. 

KEENAM
Disiplinkan diri untuk membeli secara tunai dan elakkan berhutang terutama ketika membeli-belah. Penggunaan kad kredit amatlah tidak digalakkan kerana interestnya lebih tinggi jika dibandingkan dengan pinjaman yang lain. Jika mahu gunakan kad kredit juga, gunakan ketika waktu kecemasan sahaja dan usahakan untuk membayarnya segera.


  • Share:

You Might Also Like

2 berkongsi idea

  1. bagus perkongsian tps berjimat cermat ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks,Aiza.in shaa Allah akan lebih banyak tips untuk pembaca blog IbuNoey ni.

      Delete

Pendapat anda amat dihargai.