STEAMBOAT TERMURAH DI MALAYSIA?

By Permata Malap - 2:30 pm

bahan untuk steamboat

Hari Jumaat lepas, kami di Bahagian Kewangan pakat nak buat makan-makan. Menunya steamboat grill. Setiap sorang hulur RM5.00. Dengan jumlah tu, kami boleh kenyang sampai tahap ada baki untuk dibawa pulang ke rumah. Memang puas hati.

Dah banyak kali dah kami buat menu steamboat ni. Kebiasaannya, memang hari Jumaat saja yang boleh buat makan-makan ni sebab waktu rehat kan panjang. Dalam entri Steamboat Plus Grill pun IbuNoey ada kongsikan kisah ber'steamboat' kami ni. 



Inilah antara yang menjayakan program steamboat ni. Kali ni tak berapa ramai sangat yang join sebab ada yang cuti. Dan untuk program kali ni pula, IbuNoey tak jadi tukang grill dan tukang hidang. IbuNoey tukang makan je. Tapi sekejap je IbuNoey makan. Rasa tak larat sangat dengan keadaan yang sangatlah mengantuk.



Antara bahan-bahan untuk menjayakan program steamboat ni :
1. Set steamboat plus grill - Yang kaler merah tu. Kuahnya sup ayam. Guna kiub Pati Ayam Knorr.
2. Periuk nasi - Kuahnya tom yam. Guna kiub Pati Tom Yam Knorr.
3. Ayam - untuk digrill
4. Yee Mee
5. Bihun
6. Bebola daging
7. Bebola ayam
8. Batang jagung
9. Baby sawi
10. Baby kailan
11. Fucuk
12. Jejari ketam
13. Sosej ayam
14. Sosej daging
15. Cendawan
16. Wantan
17. Sos cili

Korang yang berminat nak makan steamboat tapi tak nak keluar banyak duit, bolehlah cuba ye. Murah, jimat, dan yang penting boleh buat gaya bebas.

camera 360
Testing aplikasi Camera 360 yang baru dimuat turun

  • Share:

You Might Also Like

13 berkongsi idea

  1. Betul buat sendiri lagi banyak jimat dari makan kat kedai....hihihi

    Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan..cuma sambal kena reti buat la.hehe.

      Delete
  2. La... kakak ingatkan dimanalah tadi bila kata termurah
    Kalau macam tu lain kali jemput kakaklah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha..kalau akak datang KL,meh datang ofis IbuNoey di JPAM Jalan Semarak.

      Delete
  3. wah.. sedapnya buat steamboat sendiri.. yang penting jimat dan kenyang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.betul.betul.yang jimat tu paling penting.;)

      Delete
  4. http://madey09.blogspot.com/ salam kenal blog dari blog MiaLiana

    ReplyDelete
  5. hahaha.. btoi.. opis cik en pon slalu buat makan2 cmni..puas

    Salam kenal dari blog uzu, kisah emas putih
    Jom singgah blog : Nurfuzie.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh,ye ke..ahahaha..boleh bergabung ni..

      Delete
  6. la di ofis ke
    mati mati ingt mkn kat luar masa bca tajuk entry.kikiki

    ibu noey,
    nape pic ats dua tu x blh buka ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha..cik su terpedaya ye?ye,kat ofis je.jimat gitu..

      tak leh buka ke?erm,nampak macam okey je.

      Delete

Pendapat anda amat dihargai.