ARTIS UNDANGAN SEMPENA WEDDING ANNIVERSARY KE-3

By Permata Malap - 9:00 am

Lambat benarlah IbuNoey ni nak up entri pasal sambutan wedding anniversary kami yang ke-3. bila tu? 26 November yang lalu.. masa tu IbuNoey tak berapa sihat sebenarnya. dan sambutan tu tak dirancang pun. semuanya kerana nak beli barang sikit kat Econsave (dalam KL Festival City Mall).

Masa dok beli barang kat Econsave, terfikir pula nak tanya AyahMal.. 

"Bang, ingat tak hari ni hari apa?"
"Hari Selasa la.."
"Ala, bukan tu maksud Sayang."
"Entah. Abang ni bukan jenis yang suka nak ingat hari-hari bersejarah ni. Sayang pun tau kan jenis Abang macam mana?"
"Hari ni kan hari ulangtahun perkahwinan kita, bang. tak nak sambut ke?"
"Malaslah."

Aduhai, bila dengar jawapan AyahMal, terasa kecil hati sangat-sangat. dahlah tak ingat hari ulangtahun kami, boleh pula tak nak sambut langsung. IbuNoey taklah harap sambutan besar-besaran. sekadar ala kadar pun tak pa.

Lepas selesai urusan kat Econsave, AyahMal ajak naik ke tingkat dua. katanya nak survey movie apa yang dah keluar kat panggung. IbuNoey ikut je la.. lepas dah tengok-tengok kat kawasan panggung tu, AyahMal cakap sesuatu.

"Jom karaoke. dah lama tak karaoke kan.."

IbuNoey senyap je. lepas tu, kami pergilah depan Superstar Karaoke.. tengok menu yang dorang sediakan. berbaloi juga. ambil pakej yang siap ada makan dan minum sekali. lepas dah bayar, kami pun masuk..

"Sambut ulangtahun dengan berkaraoke, boleh kan, Sayang?"

Ooooo... patutlah tiba-tiba ajak karaoke.. erm, karaoke pun karaoke la.. 

Ni lah artis undangan kami

Test mic..



  • Share:

You Might Also Like

13 berkongsi idea

  1. Selamat ulang tahun perkahwinan ke 3. Semoga berpanjangan jodoh hingga ke akhir hayat korang.

    Wah..penyanyi cilik jemputan...apa lagi top star tu nyanyikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq,dear...in shaa Allah akan berpanjangan hendaknya..

      Delete
  2. comey je artis undangan tuu
    happy anniversary

    ReplyDelete
  3. "malaslah"..
    sedihnya dengar.. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal,pha is..terus ilang mood...

      Delete
    2. mungkin dia sebut je malas.. tapi dalam hati nak sambut jugak.. mana la tau. hehehe

      Delete
  4. hehe..xpela..at least ada celeb gak kan..

    ReplyDelete
  5. sambut la jugak tu ibu noey
    alhamdulillah
    sy doakan jodoh kalian sentiasa dikurniakan kasih sayang dan kebahagian till jannah .aamiin

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.