KONTRAKSI PALSU

By Permata Malap - 9:54 am

Isnin-auto published post... selasa-no post. rabu-suppose Wordless Wednesday... tapi hari ni baru muncul semula. kenapa? baru je discharge dari wad semalam.

Kisahnya, IbuNoey dimasukkan ke HAT Mizan hari Isnin tadi. ini disebabkan oleh sakit kontraksi yang IbuNoey alami. tapi nampaknya, kontraksi palsu sahaja. even bukaan dah cecah 3cm, tapi memandangkan kontraksi dah tak ada, jantung bayi pun ok, dan Kem Wardierburn pun tak jauh dari HAT Mizan, jadi doktor pakar benarkan IbuNoey balik dulu dan nanti datang semula bila dah ada tanda semula.

Erm, lain anak, lain ragamnya kan. tapi ada persamaan sikit masa mengandungkan AniqFiras dulu. persamaannya - dimasukkan hospital kerana kontraksi palsu. kadang-kadang kalau IbuNoey fikir, mungkin baby ni nak rasa dulu keadaan hospital sebelum benar-benar nak keluar.

Masa AniqFiras tempohari, IbuNoey masuk ke Hospital Kluang sebab ada keluar darah. tapi bukaan cuma 1.5cm. jadi, discharge dahulu. kali ni pulak masuk ke HAT Mizan sebab ada kontraksi. dan discharge kerana kontraksi dah hilang walaupun dah buka 3cm.

Tapi semalam, doktor pakar tu macam berat hati jugak nak bagi IbuNoey keluar. sebab dah 3cm. tapi bila tengok condition jantung baby dan rumah yang dekat, dia bagi la discharge

Maaflah, isi kandungan entri kali ni agak tunggang-langgang. tak ada idea sebenarnya. hehehe..

  • Share:

You Might Also Like

7 berkongsi idea

  1. Patutla diam je beberapa hari nim saya ingatkan dah bersalin.. xpe, baby saja nak manja2 tu.. bg peluang mama dia makan mavam2 lagi.. semoga semuanya selamat nanti..

    ReplyDelete
  2. bby acah2 ibu dia...hee... pas ni kene alert la...da 3 cm da...

    ReplyDelete
  3. oo.. da 3 cm tu.. nasib uma akak dekat.ape2 bole pecut.hehe

    ReplyDelete
  4. owh.. false alarm la kiranya.. heheh

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan semuanya yer ibuNoey..

    ReplyDelete
  6. tunggu hari kak yer.. moga akak di permudahkan bersalin... dah 3cm bila2 masa tu boleh bersalin

    ReplyDelete
  7. HAT dr pempuan ke lelaki?
    ke boleh minta

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.