Masa kecil-kecil dulu, selalu berhadapan dengan karenah nyamuk. maklumlah, duduk di kawasan kampung. memang tiap kali malam, terutamanya bila elektrik tiba-tiba terputus, berperanglah dengan nyamuk masa mengulangkaji pelajaran. dok bertepuk tampar dengan nyamuk. kadang-kadang nyamuk dok gelak tengok kat kita sebab syok sendiri nak bunuh dia tapi tak kena sasaran.
Sudahnya, arwah mak IbuNoey bagi satu petua. daripada dok terkejar-kejar dengan nyamuk, cuba cara ni. ambil sebiji pinggan, kalau boleh guna pinggan plastik. sapukan sedikit minyak masak pada permukaan pinggan tu dan ratakan. kemudian, bila ada je nyamuk lalu depan mata, kibar-kibarkan pinggan tu. nanti nyamuk tu pasti melekat kat pinggan. dan kita tak perlu susah-payah nak kejar nyamuk tu... rasanya kalau nak buat pada lalat pun menjadi kut. petua ni khas semasa kita berjaga je ye. kalau tengah tidur tu, tak bolehlah nak buat kan..
Selamat mencuba.
14 berkongsi idea
Oo betul juga petua ni.. lain kali boleh try ...
ReplyDeletecuba,jangan tak cuba..;)
Deletenice share... tapi jgn letak minyak banyak2, nnti terpercik merata.. heheh
ReplyDeleteyup,betul tu..hehe..sapu ala kadar je..
Deleterasa nak gelak baca petua nih..macam nak main ping pong lak..kih3
ReplyDeletehehe..masa kecik-kecik dulu memang suka sambil main-main kan..
Deletemenarik tu.. petua orang lama.. :)
ReplyDeletepetua arwah mak IbuNoey..tu yg paling mahal tu..;)
DeleteSy pula suka bg nyamuk gigit sampai kenyang. Pastu tgk vontot nyamuk tu. Kalau nyamuk tiruk @ saya panggil nyamuk tonggek.
ReplyDeletehehe..dulu masa kecik-kecik pun,kadang-kadang biar je nyamuk kenyang..tapi arwah mak tegur,jgn buat cam tu,nanti kena penyakit..hehe..
DeleteWahhh.. Bole try ni kat umah mak sy sbb umah mak byk lalat :)
ReplyDeletecuba,jangan tak cuba.;)
Deletealamak, yang jenis attract nyamuk punya ada tak ? banyak betul nyamuk musim hujan ni
ReplyDeletekalau nak yang jenis attract nyamuk,cara tradisional,IbuNoey tak tahu pula.tapi kalau cara konvesional,banyak je.biasanya ada lampu untuk attract nyamuk.
DeletePendapat anda amat dihargai.