SOS KICAP PEDAS YANG SUPERB

By Permata Malap - 10:00 am



Mengimbau kembali zaman kanak-kanak. berlari, berkejar, bergaduh, bergurau. seronok rasanya bila ingatkan memori dulu.

Eh, eh, apa kaitannya pula dengan gambar di atas? of course la ada kaitan. jangan  terperanjat jika IbuNoey katakan produk kat atas ni dah lama dikeluarkan. cuma packaging je berubah. IbuNoey ingat lagi, masa sekolah rendah (tahun 90-an), kicap ni la yang menjadi kegemaran kami.. masa sekolah rendah dulu, IbuNoey jual buah kedondong. pokok buah tu ada banyak kat belakang rumah. jadi bolehlah tambah duit poket. jadi, kedondong tu memang sedap dicicah dengan sos kicap ni.

Ada pula kawan sekelas yang jual nasi lemak. murah jer. dan sos kicap ni pun jadi teman si nasi lemak. segala keropok pun sedap je cicah dengan sos kicap ni.

Apa istimewanya kicap nih? dia bukan macam kicap biasa tau. dia ada rasa pedas-pedas sikit. so, kalau ada anak-anak yang suka makan pedas, kicap ni sesuai. kalau nak tahu, kicap ni cuma boleh didapati di Sabah. jadi kalau nak merasa kicap ni, boleh terjah sini

IbuNoey dah dua kali order daripada pengeluar kicap ni. sekali order, dua dozen. dan memang kawan-kawan satu ofis IbuNoey suka dengan kicap ni. tu yang repeat order tu..

Kicap ni paling sesuai dimakan bersama nasi putih dan telur mata kerbau (yang cair kuningnya)... menjilat jari tau.. sesuai juga dimakan dengan ayam goreng, buah yang masam-masam. 

Kalau beli banyak, pengeluarnya akan bagi harga borong. apa-apapun, sila deal dengan pengeluarnya ye.. actually, pengeluarnya ni kawan sekelas IbuNoey dulu.. dia menyambung legasi keluarganya sebagai pengeluar kicap ni.. semoga perniagaannya ni bertambah maju.. in shaa Allah..

Cubalah, tak menyesal punya..

 

  • Share:

You Might Also Like

14 berkongsi idea

  1. Replies
    1. yup,dear..kalau nak rasa,kena order kat tuan pengeluar..boleh klik link kat entry..

      Delete
  2. Tak pernah makan rasanya kicap pedas ni. Menarik nampaknya..

    ReplyDelete
  3. patutlah tak pernah jumpe kat sini..kat sabah je ye..
    ish..teruja nk try..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..cubalah.mar...order jer terus kat pengeluar dia..

      Delete
  4. kicap pedas..? 1st time dengar ni.. x pernah jumpa pun sebelum ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tu sebab kena order,pha is..susah nak dapat kat semenanjung nih..

      Delete
    2. pergh.. dahsyat.. kira macam limited edition la ni.. siap nk kena order bagai..heheh

      Delete
  5. wahhh ni rasa nak cari kat sabah ni kak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..cuba cari..kalau kat sabah senang ckit kut nak cari..

      Delete
  6. Mcm sedap je. Nak cuba. Kalau buat dimasak ayam confirm sedap kan! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap,vee..memang boleh masak dengan ayam..kiranya ayam masak kicap la..

      Delete
  7. mcm best je. ada rasa pedas pedas ke?
    kalau ada juga la rasa, boleh?

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.