Pagi tadi, sarapan ramai-ramai dalam pantry kat ofis. dok sembang-sembang sambil makan. selalunya memang inilah rutin harian kami. jarang nak melepak kat medan selera. dah disediakan kemudahan pantry, kenalah gunakan.
Jadi, bila dah berkumpul macam ni, adalah gosip yang nak dibincangkan. bukan mengumpat ye, kami sekadar berkongsi pengalaman dan pendapat. dan pagi ni topik lelaki yang tegas dalam mendidik anak-anak.. fuh yo.. cam perbahasan lak.
Dalam sembang-sembang kosong tu, memang ada benarnya topik tu. antara lelaki dan perempuan, kebiasaanya yang kuat berleter ni orang perempuan (kaum ibu). lelaki ni jarang nak membebel. tapi itulah, bila orang lelaki ni (kaum bapa) mula bersuara, biasanya si anak akan terus senyap.
Pengalaman kawan IbuNoey sorang ni, ayah dia tak pernah jentik anak-anak. tapi bila ayah dia bersuara je, anak terus senyap. mati kutu. padahal ayah dia setakat sebut nama penuh jer. contoh, "Muhammad Aniq Firas". kiranya ia melambangkan anak ada buat salah. jadinya anak pun senyap.
Kawan IbuNoey yang sorang lagi pula, memang jenis berleter. lebih kurang macam IbuNoey jugak. husben dia berlawanan sifat. senyap jer. tapi itulah, anak sulung dorang cukup malu-malu kucing bila husben kawan IbuNoey ni ada kat rumah. kalau anak sulung dorang nak minta sesuatu kat kawan IbuNoey, dia buat tanda isyarat jer. itu kalau husben ada kat rumah je la. kalau tak de, memang dok terjah jer.
Itulah serba sedikit pengalaman kawan-kawan IbuNoey. IbuNoey sendiri pun tak nafikan macam tu. IbuNoey memang jenis kuat membebel. tapi AyahMal sentiasa cool. tapi itulah, sekali AyahMal bersuara, AniqFiras mesti jadi budak terbaik sekelip mata. haha.. tu penangan orang lelaki kan... membebel kurang tapi ketegasan membuatkan anak-anak gerun dan segan. tapi memang tak semua macam tu. kalau kena lelaki yang jenis panas baran, payah nak cakaplah... sememangnya kaum ibu ni tak boleh dipisahkan dengan perangai berleter kan?
19 berkongsi idea
rasa nak setuju tapi hubby akak mmg cool .. tu mia manja sgt dengan papa dia...
ReplyDeleteAniqFIras pun manja gak dengan ayah dia,kak.tapi dalam pada manja tu,dia takut gak bila ayah dia bersuara..
Deletearwah abah pun mcm tu. ketegasan bapa tu buat anak hormat. tp pd ayu secara peribadi, didik anak dengan hikmah itu yg bagus kan.. jgn anak takut pd kita, tp nak dia respek dan hormat pd parents.
ReplyDeleteyup,thats right,ayu..biar anak hormat..kalau takut saja,risau gak kat belakang buat benda tak elok..
DeleteBetul3x. Macam anak2 saya juga. Bila abah sebut nama jer, diam terus. Cer kalau ibu? Jerit macam mak tiri pon buat tak tau jer.
ReplyDeletehehehe..tu la..jerit cam mana pun,anak-anak buat tak tau jer..;)
Deletehehehe samalah dgn mak dara .. kalau tak berleter tu rasa tak puas je hehehehe
ReplyDeletebetul tu..;)
DeleteHa setuju ni. Saya rasanya sebwlum kawin jenis pendiam juga. Tapi lepas ada anak ni rasanya tak langsung jadi suka membebel..suami pula mmg byk diam.. dia kuatkan suara sikit anak takut.
ReplyDeleteitulah kan..masa bujang dok senyap jer..bila dah kawin,terus dok membebel..hehe..
DeleteBetul tu IbuNoey... Kadang2 berleter ni release tension.. tapi kene control.. takut jadi marah plak kan?
ReplyDeletebetul tu..setakat berleter bule je kan..tapi suara kena rendahkan sikit.
Deleteeh betul tu kak.. hakimi even baru 3bulan tp bila dia nak manja merengek sikit papa dia sebut nama panjang terus xngis.. tp kalau jijah manja kemain...huhuhu
ReplyDeletebisanya mcam tu la,jijah..ayah kena tegas..
Deletesy tgk parents sy, masa sy dulu lain caranya, adik2 sy pulak lain caranya.. seiring dengan peredaran zaman kot. hehehe
ReplyDeleteitulah,aisya..skrg ni ikut gak peredaran zaman..;)
Deletesemua ada perangai masing2 kan =)
ReplyDeleteyup,betul tu,yui..;)
Deletebetol.. kalau mak suruh banyak kali pun, belum tentu jalan.. tapi kalau si ayah suruh sekali je, pakat berebut nk buat.. heheh
ReplyDeletePendapat anda amat dihargai.