Dah masuk usia kandungan ke-37 ni, kenalah prepare pula pasal makanan semasa berpantang. masa bersalinkan AniqFiras dulu, tak payah sibuk nak fikir sangat sebab mak mertua memang sediakan menu-menu semasa berpantang termasuklah memasaknya. cuma ada masa-masa tertentu je AyahMal yang masakkan untuk IbuNoey.... kali ni berpantang sendiri, jadi kena cari menu-menu untuk diri sendiri ye..
So, hari Sabtu tempohari, dok belek-belek semula semua majalah Pa&Ma yang ada dalam simpanan IbuNoey. jadi dapatlah sedikit info tentang menu makanan semasa berpantang dan makanan yang dilarang untuk dimakan semasa berpantang. antara menu yang best tu, salmon panggang, singgang ikan halia, dan sayur sawi lobak merah. macam biasalah, kalau menu orang dalam pantang ni simple jer nak buat. yang penting ada bahan yang boleh memanaskan tubuh dan mengeluarkan angin seperti kunyit, halia, dan lada hitam.
Dan semalam pula, dok search dalam google pula. dan terjumpalah satu blog ni. tertarik dengan entri beliau mengenai makanan yang dilarang semasa berpantang.. untuk lihat entri beliau, klik sini... rasa berbaloi tengok list dia tu.
Dan yang bestnya, bahan yang selalu mak mertua sediakan masa IbuNoey berpantang tu tergolong dalam list tu(makanan yang boleh dimakan) iaitu ikan bilis dan ubi kentang. nak masak pun senang jer. cuma goreng ikan bilis, ubi kentang. lepas tu tumis bawang merah besar sampai wangi. kemudian, masukkkan ikan bilis dan ubi kentang yang dah digoreng. lepas tu masukkan kicap. dah siap....
Ada pula kawan seofis IbuNoey makan ikan bilis juga masa berpantang. cuma beza sikit cara masakannya. ikan bilis tu ditumbuk bersama lada hitam, kunyit hidup dan halia... aromanya memang sedap sangat..
So, lepas ni kena sediakan list bahan-bahan mentah yang AyahMal kena beli nanti..
12 berkongsi idea
kena ikut utk kebaikan masa depan =)
ReplyDeletehehe..betul tu,yui..
Deleteoo, rupanya Aniq dah nak dapat adik.. tak lama dah tu nampaknya... semoga selamat smuanya.. kalau saya masa awal tu makan ikan selar bakar je dan sawi rebus je..nasi oun mmg bubur sb dua kali operae...dah lebih dua minggu baru nasi lembut dan ada tambahan daging bajar atau ayam bakar atau ikan bilis..
ReplyDeletein shaa Allah..Amin..wah,satu tambahan menu,ikan selar bakar..nanti dalam pantang nk cuba la..
Deletebagusnya kalau dah bersedia kan..mmg kalau yg kedua..kita lbh bersedia..kalau yg pertama mmg kalut laa babmkn dlm pantang ni
ReplyDeletein shaa Allah akan penuh bersedia..sebab nak kena berpantang sendiri kan,kak..tapi pengalaman masa bersalin tempohari tu yg penting..
DeleteSalam IbuNoey, oh sedang hamil 37 minggu yea.. tak lama lagi dah nak bersalin.. ade la kawan abg aniq nnt yea.. kene berpantang sendiri ni.. kene kuat juga la.. kalau byk kita buat sendiri, cam ne la agaknya... time Me dulu, sepenuhnya My mum... kesukaran terasa, teringat pula... tak leh nak bayangkan perasaan tu.. kenkadang rindu nak hamil lagi, heeee~ InsyaAllah...
ReplyDeletein shaa Allah akan dipermudahkan..tapi mungkin MIL datang kejap...adalah bantuan sikit..;)
Deletesedapnya ikan bilis goreng + kicap tu.. pembangkit selera jgk tu.. :)
ReplyDeletetime mcm ni memang rasa sedap,mimie..kalau tiba masa berpantang,jemu jadinya..hehe..
DeleteKenapa xblk umh mntua?
ReplyDeletePantang sendiri kena sungguh sungguh tau jngn pantang nampak pulak.hihi
ingt mmber. Pantng sendiri, skali dia pi bedal buah anggur merah. Mlm tu trus skit bdn bdn
thanks share.boleh rujuk nnti
hehe..tu yg risau tu kalau pantang nampak..tapi in shaa Allah,akan buat yang sebaiknya..
DeletePendapat anda amat dihargai.