BILA SABAHAN BERBICARA

By Permata Malap - 10:30 am

ayat bahasa sabah, cara cakap sabah

Terjumpa gambar ni dalam Facebook. Tertarik dengan ayat-ayat dia, terus ambil. Tapi lupa ambil kat siapa. Ada yang tak faham beberapa perkataan di atas? Mari IbuNoey explain.

Urang - Orang
Paduli - Peduli
Kasi - Bagi 
Baras - Beras
Andang- Memang
Isap - Hisap
Tantu - Tentu
Pikiran - Fikiran

Bila Sabahan berbicara, memang sedap didengar. Sabahan mesti setuju kan. Tapi untuk ayat-ayat di atas, kawasan kelahiran IbuNoey tak bernada sebegitu. Untuk Tawau, Lahad Datu, Sandakan, ayat baku sikit. Kalau urang, kami sebut orang, banci kami masih sebut benci, peduli masih disebut peduli, baras masih tetap disebut beras, dan tantu masih disebut tentu. Kecuali untuk perkataan tidak, kami akan sebut ndak.

Maksud tersurat untuk ayat-ayat di atas:

Kalau ada orang benci kita, jangan kau peduli. Bukannya kita habiskan beras di rumah dia pun. Tidak suka diam sajalah. Memang begitu kalau orang hisap gam. Tidak tentu fikirannya.

Maksud tersirat (mengikut pemikiran IbuNoey):

Kalau ada orang yang bencikan kita, abaikan sahaja sebab kita tak pernah pun habiskan duit orang tu. Kalau orang yang suka membenci orang lain ni, cara pemikiran sama macam orang yang hisap gam; sentiasa membayangkan kesalahan orang lain.

  • Share:

You Might Also Like

4 berkongsi idea

  1. hahahha... lama sdah ndak berbicara begini.. rindu bah bahasa sabahan...bah,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.tu la.IbuNoey kat ofis ni kadang keluar juga bahasa Sabahan ni.tapi budak-budak ofis mulalah ada yang tak faham.

      Delete
  2. oh.. baru tahu maksudnya lepas translate.. hehe.. betul kata-kata tu.. jangan peduli kalau orang benci kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.sebab dalam dunia ni,ada orang yang sikapnya memang suka membenci orang lain.jadi kita abaikan sahaja kalau ada org yg membenci kita.

      Delete

Pendapat anda amat dihargai.