CARA GUNA UPT

By Permata Malap - 1:43 pm

upt kabur


Tahukah anda dalam melakukan Ujian Kehamilan menggunakan Urine Pregnancy Test atau lebih dikenali dengan nama UPT, terdapat beberapa peraturan untuk memastikan anda mendapat keputusan yang tepat? Berikut beberapa panduan penggunaan UPT yang betul:

1. Digalakkan untuk melakukan ujian di awal pagi (air kencing pertama) kerana hormon HCG adalah tertinggi pada waktu ini. Lakukannya sebelum bersarapan kerana jika anda sudah meminum air, kecairan air kencing boleh berlaku. Cara pengambilan air kencing yang digalakkan adalah dengan kencing dahulu sedikit, kemudian tahan dan tadah air kencing di dalam bekas khas.

2. Sila baca dan fahamkan manual penggunaan UPT sebelum menggunakannya kerana tidak semua UPT boleh digunakan dengan cara yang sama. Ada yang memerlukan anda untuk memegang strip UPT dan melalukan air kencing padanya, dan ada yang memerlukan anda untuk mengumpul dahulu air kencing secukupnya di dalam bekas khas. Ada pula yang memerlukan anda untuk menitikkan air kencing pada UPT dan ada yang memerlukan anda untuk mencelup strip UPT ke dalam bekas yang berisi air kencing.

3. Baca juga manual berkenaan tempoh masa untuk mendapatkan keputusan. Kebanyakan UPT mensyaratkan anda untuk membaca keputusan seawal 1 hingga 5 minit, dan ada juga sehingga 10 minit. Sila patuh kepada manual untuk mengelakkan masalah 'evaporation line'.

4. Selepas selesai membaca keputusan, sila buang strip anda dan abaikan keputusan yang diperolehi selepas tempoh yang ditetapkan. Ini untuk mengelakkan anda menerima keputusan yang tidak konsisten.

5. Sekiranya anda melihat ada line samar-samar dalam tempoh masa yang ditetapkan, contohnya dalam 3 minit selepas ujian, ulangi ujian dalam tempoh 48 jam. Jika sekiranya anda mengandung, line tersebut akan lebih jelas kerana peningkatan hormon HCG adalah dua kali ganda selepas 48 jam tersebut.

6. Jika anda ingin mengulangi ujian dalam tempoh 48 jam seperti yang dinyatakan di atas, digalakkan untuk menggunakan jenama yang sama untuk mendapat keputusan yang tepat. Ini kerana kebiasaannya, UPT tidak mengesan kadar HCG dalam kepekatan yang sama. Ada UPT yang boleh mengesan HCG dalam kadar serendah 25mIU dan ada yang memerlukan sehingga 50mIU atau 100mIU. Penggunaan berlainanan jenama mungkin akan membuatkan keputusan yang tidak konsisten. 

7. Anda tidak disyorkan untuk melakukan ujian kehamilan jika sekiranya anda sedang mengambil pil kesuburan atau rawatan kesuburan kerana ianya boleh menjejaskan keputusan yang diperolehi dan mungkin memberikan keputusan yang salah.

8. Pada UPT, tedapat dua 'tingkap' iaitu yang ditandai dengan 'C' dan 'T'. Jika sekiranya line tidak muncul pada 'C' namun ada line pada 'T', UPT anda mengalami masalah dan anda perlu membuat ujian yang baru.

9. Bagi mereka yang telah keguguran, sekiranya anda mengggunakan UPT dan keputusannya positif, ia adalah perkara normal. Ini kerana hormon HCG masih ada tersisa di dalam badan dan ianya akan beransur hilang hari demi hari.

10. Jika sekiranya anda mendapat line yang samar namun beberapa hari selepas itu anda datang haid, berkemungkinan anda mengalami keguguran atau beberapa sebab lain.

  • Share:

You Might Also Like

2 berkongsi idea

  1. TQ for info sis...dah lama sgt tak guna UPT ni...hehe..anak pun dah 5 thn lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak merancang untuk anak seterusnya ka, Atie?

      Delete

Pendapat anda amat dihargai.