RAHSIA PERUT RATA

By Permata Malap - 9:30 am

Selepas melahirkan anak, wanita pasti akan mengalami masalah perut lembik, menggeleber, dan buncit. Dengan perut yang mengembang selama sembilan bulan, pasti ianya memerlukan masa untuk kembali seperti sebelum mengandung. Namun begitu, terdapat satu alat bantu yang amat berguna untuk diamalkan oleh para ibu selepas bersalin. Tak lain tak bukan, pemakaian bengkung.

Seiring dengan peredaran zaman, kini bengkung didatangkan di dalam pelbagai jenis. Jika dahulu bengkung dijahit tangan, kini bengkung dijahit menggunakan mesin yang pastinya juga utuh untuk dikenakan. Antara jenis-jenis bengkung yang terdapat pada masa kini:

  • Bengkung lilit iaitu merupakan kain lebar lebih kurang sepanjang 15 meter. Ini merupakan bengkung tradisional.
  • Bengkung barut yang sama seperti barut kanak-kanak. Bezanya hanya dari segi saiz.

  • Bengkung roda tebal/nipis.
  • Bengkung velcro strap.

Bagi memastikan pemakai mendapat kesan yang lebih efektif daripada pemakaian bengkung ini, adalah dinasihatkan agar pengguna mendapatkan bengkung yang berkualiti tinggi iaitu boleh dipakai dengan ketat sepanjang hari dan tidak mudah terurai. Bengkung perlulah dipakai sepanjang masa; siang dan malam, untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

Pemakaian bengkung yang salah boleh menyebabkan penjejasan pemulihan rahim kerana rahim tertolak ke bawah. Bengkung perlu dipakai bermula dari bawah, tutupkan semua abdomen, dan diikat sehingga di bahagian bawah payudara. Elakkan pemakaian bengkung yang pendek.

Antara faedah berbengkung:

1. Sokongan kepada perut selepas bersalin.
2. Menegangkan kulit yang menggeleber.
3. Menggalakkan postur yang baik dan membantu penyusuan bayi.
4. Mengempiskan bahagian perut dan mengetatkan perut serta otot-otot yang longgar.
5. Membantu mengurangkan berat badan.
6. Mengelak daripada berasa sakit semasa batuk atau bersin.
7. Memecahkan lemak dan selulit.
8. Menghalang perut daripada dimasuki angin.


bengkung untuk caesar
Sumber : BengkungModen


Bagi wanita yang bersalin secara pembedahan atau caesaran, adalah dinasihatkan untuk memakai bengkung juga. Terdapat bengkung khas untuk mereka yang bersalin secara caesaran iaitu bengkung jenis velcro strap yang boleh dilekatkan mengikut keselesaan pemakai. Bengkung jenis ini membantu pengaliran darah, mengecutkan peranakan, mengempiskan perut, dan mempercepatkan proses penyembuhan luka. Bengkung ini juga sesuai dipakai selepas berpantang atau ketika bekerja kerana boleh dilaras mengikut bentuk tubuh pemakai.

  • Share:

You Might Also Like

8 berkongsi idea

  1. Pilih ajelah mana yg sesuai ye IbuNoey.
    Kakak dulu pakai bengkun paaaaajang berlilit-lilit pun ada dan yg Amway punya pun pakai juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari tu masa anak pertama,mak mertua ada bagi yang panjang berlilit-lilit tu.tapi IbuNoey tak sanggup nak pakai,kak.nasib baik ada yang biasa-biasa punya.tu pun suami belikan lepas tiga hari bersalin.

      Delete
  2. Che ta pun pakai bengkung....;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada disiplin pakai bengkung,body boleh nampak solid je.kalau kejap pakai,kejap tak,susahlah..;)

      Delete
  3. Bagus amalan memakai bengkung untuk ibu selepas bersalin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak perut cantik semula,memang kena pakai bengkung.pengalaman melihat kawan sepejabat yang memang disiplin dalam memakai bengkung selepas bersalin,memang teruja dengan kesannya.

      Delete
  4. itulah masalahnya...sakit malas yang selalu diamalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha.IbuNoey tak terkecuali dari sikap malas tu.tengok perut buncit,rasa ralat sangat.tapi nak pakai bengkung,malas pula.

      Delete

Pendapat anda amat dihargai.