BENARKAH NENEK SUKA MANJAKAN CUCU?

By Permata Malap - 1:56 pm

Kalau dah namanya nenek, mesti suka manjakan cucu,kan? yang peliknya, masa dengan anak sendiri dulu, garangnya... kalau dengan cucu, kita nak jentik pun, si nenek dah tegur, 'jangan buat macam tu'.... aduhai...

Tapi ini kisah mengenai cucu yang masih ada dalam perut ni. masa IbuNoey kat hospital tempohari, IbuNoey telefon MIL dan bagitau yang IbuNoey boleh keluar daripada hospital sebab kontraksi dah tak ada. lepas tu, kami pun borak panjang.

"Bila Mak nak datang KL?"
"Entah.. Fitri nak Mak datang bila?"
"......"
"Ni, Mak nak tanya. Fitri teringin nak makan masakan mak ke?"
"Sebenarnya, dah lama teringin, Mak."
"Erm, tak pe. in shaa Allah, Jumaat ni mak datang dengan Abah."

Wah, hebat MIL IbuNoey. dia boleh teka yang IbuNoey teringin nak makan masakan dia. sebenarnya, dah lama IbuNoey teringin nak makan masakan MIL. tempohari pernah ajak AyahMal balik Kluang sebab teringin nak makan masakan MIL la. tapi AyahMal kan sibuk je memanjang dan selalu tak ada masa kalau hari Sabtu dan Ahad. sudahnya, hampir 3 bulan kami dah tak balik Kluang. jadinya, keinginan nak makan masakan MIL tu tak kesampaian. tapi tak sangka MIL boleh teka dengan tepat sekali.

Jadinya, hari Jumaat tadi, MIL pun datang dengan Abah dan adik ipar perempuan. semalam, masa sarapan, MIL masak nasi lemak. tengahari pulak, labu masak lemak. malam, sup tulang. fuh, memang selera makan. dan pagi ni, MIL masak mihun goreng. tengahari,terung campur babat masak lemak. malam ni? tak de dah sebab selepas Asar nanti, MIL dan gerak balik ke Kluang sebab esok Abah kerja. 

MIL kata harap lepas dah makan masakan MIL ni, biarlah cucu dia yang dalam perut ni cepat-cepat keluar. malam semalam memang ada sakit belakang juga sikit-sikit. tapi rasanya sebab IbuNoey dok banyak buat kerja kut. erm anak, kalau dalam perut dah manja nak 'rasa' masakan nenek, nanti dah keluar, mesti manja juga dengan nenek nih.. jangan berebut dengan abang AniqFiras, dah le ye..


  • Share:

You Might Also Like

7 berkongsi idea

  1. Alhamdulillah.. IN dapat MIL yang penyayang dan mengambil berat.. semoga hubungan baik macam ni akak beeterusan.. betul org cakap.. nenek ni sayang cucu lebih drp sayang anak sdiri.

    ReplyDelete
  2. Waa.. Menantu manja kesayangn ni...hheee...

    ReplyDelete
  3. haha..sweetnya MIL..bahagia dpt MIL mcm ni..best2

    ReplyDelete
  4. Hehehe tak sabar tunggu baby keluar :D

    ReplyDelete
  5. mcm2 MIL akak masak utk cucu dia ye.. hehe

    ReplyDelete
  6. nnti mesti jadi "cucu nenek".. hehehe

    ReplyDelete
  7. puas kan bila dpt mkn .hi hi i

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.