TUKANG URUT BUAT HAL

By Permata Malap - 12:12 pm

Aduhai... geramnya rasa bila tukang urut buat hal... kita dah penat-penat call, atur temujanji, sedia duit untuk dapatkan perkhidmatannya, tapi dia boleh lupa dan tunda tarikh untuk mengurut..

IbuNoey dah call dia hari rabu(26hb) lagi, sehari selepas keluar dari wad. lepas dah deal harga dan cara dia nak datang ke rumah IbuNoey, kami pun tetapkan tarikh. dia tak nak urut awal-awal. katanya sekurang-kurangnya 5 hari lepas bersalin, baru boleh urut. jadi dia pun tetapkan hari ahad ni(29hb) bermulanya sesi urutan sehingga hari selasa(31hb) sebab IbuNoey nak 3 hari je. tapi dia akan datang dalam pukul 12 tengahari sebab paginya, dia akan urut orang lain terlebih dahulu... ok, dah deal.. dia minta alamat IbuNoey sebab katanya dia akan pergi sendiri ke rumah IbuNoey dengan menaiki teksi. so, tak perlu AyahMal nak ambil dia kat rumah. cuma tambang tu nanti kami akan bayar semula...

Semalam(28hb), IbuNoey call dia semula sebab risau dia tak ingat dengan temujanji kami.. tapi bila call,dia tak angkat pula. dan hari ni, IbuNoey rasa tak sedap hati.. sekitar pukul 10 tadi, IbuNoey call dia untuk confirmation.. dan bila call, dia macam blur dan tak ingat yang sepatutnya dia urut IbuNoey hari ni. pula tu, dia bagitau esok dia ada check up kat hospital dan of course esok tak boleh start lagi. rabu(1hb) pula, dia kata cuti. apa kaitan ek? last-last, dia kata hari khamis la baru dia start mengurut.. aduhai.. punya jauh dia tunda.. kalau start lusa, tak pe juga.. ni dah sampai hari khamis jadinya. sempat lagi kalau IbuNoey nak balik kampung MIL dan berurut kat sana.

Erm, entahlah.. rasanya memang cancel la dengan makcik nih.. lewat sangat la kalau hari khamis... baru kejap tadi call tukang urut yang lain  dekat je dengan rumah IbuNoey. harga pun boleh tahanla. hari Rabu baru start katanya sebab hari ni sampai selasa, dia dah ada nak ngurut orang... tapi IbuNoey tak confirmkan lagi sebab AyahMal try cari tukang urut lain hari ni. kut ada yang boleh urut terus esok atau lusa... tunggu dan lihat aje la..  
~INILAH DUGAAN BERPANTANG SENDIRI. KALAU KAT KAMPUNG MIL, DAH SEDAP KENA URUT NIH..~

  • Share:

You Might Also Like

9 berkongsi idea

  1. Alahai..siannya gitu.. semoga jumpa penyelesaian yg baik. Yang stress ya.

    ReplyDelete
  2. takpe.. sabar yer kak... dugaan tu.. ibu berpantang xleh stress2...

    ReplyDelete
  3. boleh pulak buat mcm tu.. buang customer je. huhu

    ReplyDelete
  4. susah jugak kan. bila pntg di uar kawsan ni.
    macm x amik kesah je makcik tu.
    x da diari ke.. naya kan org je..

    ReplyDelete
  5. singgah pagi jenguk bby :-)

    ReplyDelete
  6. as'salam...
    salam kenal..follow sini -88

    ReplyDelete
  7. Dugaan tu Ibu Noey... Tak per... jangan stress... :)

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.