Dahulu, semasa IbuNoey masih bujang dan tinggal bersama dengan keluarga, IbuNoey kerap melihat anak saudara yang ketika itu berusia sekitar 1-2 tahun demam disusuli dengan mata yang naik ke atas atau dikenali dengan sawan tarik. Bila dah jadi macam tu, keadaan kami akan jadi kelam kabut. Arwah mak IbuNoey pula berusaha mengubati anak saudara dengan sapuan air asam jawa di kepala sementara kakak ipar (ibu kepada anak saudara) menangis di tepi kakak IbuNoey. Ini kerana kebiasaannya, pada masa tu kakak IbuNoey yang meriba anak saudara. Pada masa tu, IbuNoey langsung tak tahu apa puncanya terjadi sawan tarik.
Dan kini setelah bergelar ibu dan diberi penerangan oleh doktor, barulah IbuNoey faham kenapa anak saudara IbuNoey terkena sawan tarik. Puncanya adalah suhu badan yang terlalu panas, mungkin mencecah 40°C.
IbuNoey teringat masa anak saudara demam, badannya dibungkus penuh dengan selimut tebal. Dan kini barulah IbuNoey mengerti tindakan itulah yang menyebabkan suhu badan semakin tinggi dan sekaligus menyebabkan sawan tarik di kalangan kanak-kanak. Sawan tarik jika dibiarkan mungkin akan meragut nyawa.
Jadi apa yang perlu dilakukan sekiranya anak demam?
1. Jangan sesekali menyelimutkan anak dengan selimut tebal walaupun selimut tersebut mampu menyembuhkan pelbagai penyakit. Seboleh-bolehnya, biarkan anak hanya memakai pampers. Boleh juga dipakaikan baju yang tipis dan tanpa lengan untuk memudahkan aliran udara.
2. Lap badan anak menggunakan air. Jika boleh setiap 30 minit sekali atau lebih kerap lagi. Ada yang mengatakan seeloknya menggunakan air sejuk, ada juga yang mengatakan lebih elok menggunakan air suam. Untuk lebih maklumat, bolehlah membuat pencarian lanjut.
3. Pastikan termometer sentiasa ada di tepi anda untuk memudahkan pemeriksaan suhu anak. Adalah lebih elok menggunakan termometer sesaat memandangkan ianya lebih cepat dan mudah. Kebiasaannya anak-anak akan meragam ketika demam dan jika menggunakan termometer biasa, mungkin sukar untuk mengambil catatan suhu.
4. Lap badan, kepala, dan sekitar pelipat anak kerana kebiasaannya haba berkumpul di kawasan tersebut.
5. Bawalah anak ke klinik dengan segera sekiranya suhu mencecah 38°C dan ke atas. Kebiasaannya, klinik akan memberi ubat yang dimasukkan melalui punggung untuk menurunkan suhu dengan kadar segera.
2 berkongsi idea
Assalamualaikum Ibu noey,
ReplyDeleteLepas baca ni,Hana terus takut guna selimut tebal2 time demam,*hihihi even Hana ni bukan kategori baby lagi :D
Mommy irra hanya lap dan jelum badan anak dengan air asam jawa. Alhamdulillah lepas 24 jam kebah.
ReplyDeletePendapat anda amat dihargai.