PEMANDU MALAYSIA NO MANNERS PLUS SELFISH?

By Permata Malap - 10:30 am



Sepanjang cuti sekolah, relaks je pandu kereta ke pejabat. Jalan lengang, keluar rumah pukul 7.20 pagi pun boleh sampai di pejabat sebelum pukul 8.00 pagi.

Bila dah start buka sekolah semalam, memang tak boleh la suka-suka nak keluar rumah pukul 7.20 pagi. Kalau suka-suka lagi, confirm la 8.10 pagi baru sampai pejabat. Apa boleh buat, generasi akan datang pun perlu bersekolah untuk masa depan yang lebih cemerlang.

Sayangnya, bila generasi akan datang bersekolah, generasi masa kini pula seolah-olah tidak pernah bersekolah. Kereta besar gedabak tapi sikap macam budak kecik. Sedangkan generasi akan datang boleh beratur ketika membeli makanan di kantin sekolah, kenapa generasi masa kini ada yang mementingkan diri sendiri memotong barisan kereta yang berderet?

Wahai pemandu W** 226, orang lain pun nak pergi kerja. Orang lain pun tak nak lewat. Apa salahnya kamu beratur dan ikut jalan yang disediakan? Bila kami cuba 'tegur', kamu hon panjang seolah-olah bukan salah kamu. Tau lah kereta kamu tu besar sedebuk macam kamu juga, tak macam kereta kami yang sekecil comel macam kami juga. Tapi apa guna kereta besar kalau otak kecil? Kamu sedar tak tindakan kamu tu boleh membahayakan orang lain? Kami kesian tengok penunggang motosikal yang cuba meloloskan diri sebab hampir disepit oleh kamu. Itupun kamu masih lagi cuba menegakkan benang yang basah. Sombong benar aih..


  • Share:

You Might Also Like

2 berkongsi idea

  1. org kita terkenal dengan budi bahasa...tp bila atas jalan..boleh jdi raksasa...adehh....mentaliti masih d takuk lama...huhuuh

    ReplyDelete
  2. ishhh memang menyusahkan pemandu mcam tu

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.