PENGALAMAN BERSALIN DI HAT TUANKU MIZAN (FALSE ALARM)

By Permata Malap - 10:00 am

16 Disember 2013
~ Pukul 4 pagi, IbuNoey terbangun dari tidur sebab terasa perut sakit mengeras. Terasa seperti nak buang air besar. Cuba ubah posisi. Bila dah rasa agak selesa, IbuNoey sambung tidur lagi. Tapi terjaga lagi, ubah posisi lagi dan tidur semula. Dan lagi dan lagi sampai pukul 7 pagi. Ambil keputusan untuk pergi hospital.

~ Pukul 9 pagi, AyahMal bawa IbuNoey pergi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju. Mulanya nak pergi kat pendaftaran biasa je. Tapi masa nak turun dari kereta, terasa sakit sangat pula. AyahMal terus ajak pergi bahagian kecemasan. Sampai kat kecemasan, bagi buku merah kat staf lelaki yang pakai baju hijau. Dia tanya kenapa. Lepas tu IbuNoey bagitau sakit kat bawah ari-ari. Dia pun check tekanan darah sementara AyahMal isi borang pendaftaran. Lepas dah siap semua, IbuNoey dibawa untuk check CTG. Masa siap-siap nak check CTG, sempat lagi kena sound oleh matron sebab pakai jeans mengandung. Hehe... Tengah check CTG tu, terasa perut sakit lagi. Misi yang tengah pantau IbuNoey tu tanya sama ada IbuNoey ada minum air selusuh tak. IbuNoey cakap tak de.

~ Lepas settle check CTG, matron suruh IbuNoey masuk wad untuk pemerhatian lanjut. So, masuklah wad bersalin kat tingkat 5, katil no.7. AyahMal pula pergi tingkat 3 untuk urusan kemasukan wad. Sampai kat wad tu, check CTG sekali lagi. Misi yang check tu namanya Siti Nordiana. Agak berumur, so boleh panggil akak. Akak Siti tu kata, contraction memang dah ada. Tapi pada rate 1:15. Maksudnya sekali dalam lima belas minit.

~ Sekitar pukul 3.30 petang, Doktor datang. Namanya doktor Amira. Baik je doktor ni. Dia check bukaan. Katanya dah 3cm. So, dia jangka dalam malam ni atau esok pagi IbuNoey akan bersalin. Untuk makluman, EDD IbuNoey adalah 26 Disember 2014.

~ Waktu malam, IbuNoey terasa sakit perut. Terasa seperti sakit contraction. Tapi masih boleh bertahan. Memang tak dapat tidur nyenyaklah masa tu. Tengah malam, IbuNoey panggil misi sebab rasa sakit tu. Misi check jalan, katanya masih 3cm lagi. IbuNoey pelik. Sakit semacam tapi jalan masih macam tu juga. 

17 Disember
~ Oleh kerana tak boleh tidur lena, IbuNoey bangun dan mandi dalam sekitar pukul 5.45 pagi. Ada yang kata, kalau nak cepatkan bukaan, cuba mandi. Tapi selesai je mandi, automatik sakit contraction tu hilang. Lepas tu, doktor Amira datang check. Dan macam semalam, bukaan still 3cm.

~ Pukul 11 pagi, cari info dalam internet tentang cara nak cepatkan bukaan. Macam-macam ada. Tapi kalau rasa sakit contraction tak ade, macam mana pula?

~ Pukul 4 petang, doktor datang check lagi. Kali ni doktor pakar, bangsa India. Tapi IbuNoey dah lupa namanya. Dia check memang bukaan still tak berubah. Doktor tu cakap, kalau malam ni pun tak ada contraction, IbuNoey boleh pulang esok.

18 Disember 2014
~ Seawal pagi, doktor datang check. Doktor pakar tu lagi. Doktor tu bagitau, IbuNoey bolehlah discharge hari ni atas dasar:
  *tiada contraction dan sakit contraction
  *jantung dan keadaan baby masih okey
  *tiada pecah air ketuban
  *rumah agak dekat dengan hospital
  *IbuNoey sendiri nak discharge sebab teringatkan Firas..hehehe.

~ Tengahari keluar hospital, terus pergi ofis sebab nak hantar MC.. IbuNoey dapat MC lima hari bermula 16 Disember. 23 Disember pula, IbuNoey dah start ambil cuti bersalin. So, kena datang ofis juga kejap sebab nak serahkan tugas-tugas yang masih belum setel kepada member yang ditugaskan untuk tanggung kerja IbuNoey nanti.

Next entri berkenaan pengalaman bersalin yang real punya.. Stay tune...


  • Share:

You Might Also Like

3 berkongsi idea

  1. mendebarkan bila baca entri pengalaman sebelum nak bersalin ni. Dah la bersalin tu sakit. respek kat kaum wanita di luar sana termasuk ibu saya sendiri.

    ReplyDelete
  2. Berdebarkan kalau jadi macam ni?

    ReplyDelete
  3. Merujuk kepada yang pakar itu adalah yang terbaik

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.