Warning : Entri ini hanya sesuai untuk yang open-minded dan boleh menerima keadaan seadanya kerana entri ini penuh dengan emosi.
Pernah dengar tak peribahasa, 'masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau, menguak'? Peribahasa ni bermaksud, seseorang itu perlulah menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan yang dia berada. Jangan main terjah jer.
Boleh jer kalau nak buat perubahan tapi janganlah melampau-lampau. Ambillah masa sedikit untuk kenali sesuatu dengan lebih mendalam. Kalau terus ubah, rosak la beb!
Sepatutnya ambil pengalaman daripada orang lama dahulu, barulah boleh rangka cara yang baru. Jangan guna sangat kuasa veto tu. Esok lusa tak bawa ke kubur pun.
Bila buat sesuka hati, esok lusa anda juga yang makan hati. Fikir sedalam dulu sama ada tindakan anda itu tidak akan menganiaya orang lain. Kalau menganiaya orang lain, Allah boleh bayar CASH tau.
Kalau nak orang lain respect, respect la kat orang lain dulu.
FULLSTOP.
3 berkongsi idea
Entry ada maksud tersembunyi ni
ReplyDeleteMoga semuanya baik baik sahaja. Banyakkan doa ya.. moga tak menjadi mangsa dan moga dilembutkan hati orang yang dimaksudkan.. insyaAllah
betul tu
ReplyDeletepernah dgr hihi
betol tu..
ReplyDeleteantara peribahasa lain yg hampir sama bunyi:
masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengucap...!!
Pendapat anda amat dihargai.