SEMINGGU BERSAMA IKWAS PART 1

Baru-baru ni, IbuNoey ada mengikuti satu kursus anjuran INTAN (Institut Tadbir Awam Negara) bermula pada 19 hingga 22 haribulan. Nama kursus ni Kursus Asas Pengurusan Kewangan Kerajaan, bertempat di IKWAS ( INTAN Kampus Wilayah Selatan). IKWAS ni pula di daerah Kluang.

Untuk makluman, IbuNoey dah mohon kursus ni masa bulan Disember 2014 lalu. Fuh, semangat mohon kursus ye. Apa taknya, tahun lepas, jumlah kursus IbuNoey tak mencukupi tujuh hari! Sehinggakan terpaksa mengikuti kursus di hujung tahun.

Dan al-hamdulillah, permohonan kursus tahun ni berjaya. Ikutkan ada je cawangan INTAN kat KL ni. Tapi sekali sekala nak jauh dari KL, apa salahnya kan. Sambil tu, boleh balik kampung mertua. Hehehe..

So, jom layan gambar penginapan a.k.a. asrama di IKWAS ni. Selesa gak macam kat IPN, Sabah Bernam.



Ada meja belajar, ada TV, ada mini peti ais.


Almari dan meja solek

Katil dan telefon. Macam hotel gitu.

Kalau tak puas dengan cermin kecil, gunalah cermin besar.


Bestnya ada mini peti ais. Boleh simpan susu perahan kat sini.

Tengok tu. Ada balkoni. Kat balkoni boleh sidai baju.

Bila berdiri kat balkoni, inilah pemandangan yang IbuNoey boleh nikmati. Nyaman.


Itulah serba sedikit gambar penginapan di IKWAS. Untuk makluman, asrama di sini ada dua jenis iaitu Asrama Impian dan Asrama Eksekutif. IbuNoey masa ni menginap di Asrama Eksekutif. So, tak tahu la macam mana keadaan Asrama Impian pula. 

Cuma, kedudukan Asrama Eksekutif ni agak jauh daripada Blok Pentadbiran dan Blok Akademik. Kena menapak agak jauh dan melalui jalan yang agak berbukit bukau. So, kalau nak datang sini, elakkan kasut tumit tinggi. Nanti tergeliat kaki. Kalau dah biasa lumba jalan kaki guna high heels, boleh la pakai je kasut tinggi tu. Tak pun pakai wedges je..

Next entri, IbuNoey akan kongsi tentang bilik kuliah di IKWAS pula.


Ini peta kawasan IKWAS. Luas tau. 50 ekar tu.
Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
2 Komen untuk "SEMINGGU BERSAMA IKWAS PART 1"

Singgah sini ye .. nak tahu blog anda di ciplak atau tidak ? baca entry ni .. harap membantu !


http://muhammadshahril97.blogspot.com/2015/01/apakah-itu-got-blogger.html

Cantik dan kemas biliknya ...macam kat hotel

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia