PANDUAN SOALAN UNTUK PENGASUH

By Permata Malap - 11:00 am




Bagi ibubapa bekerja yang baru menimang cahaya mata dan/atau akan menghantar anak untuk jagaan pengasuh semasa bekerja, berikut disertakan beberapa soalan yang mungkin perlu dikemukakan kepada bakal pengasuh anak anda.

  1. Berapa ramaikah anak asuhan puan setakat ini?
  2. Berapakah bayaran sebulan?
  3. Pukul berapakah paling lewat untuk saya mengambil anak saya?
  4. Sekiranya saya mengambil anak saya selepas waktu tersebut, berapakah caj yang dikenakan?
  5. Adakah puan tahu cara untuk mengendalikan susu ibu?(sekiranya anak yang hendak dihantar masih breastfeeding)
  6. Adakah puan akan menguruskan semua penyediaan makanan? (jika anak telah makan solid food)
  7. Jika ya, apakah dan berapakah barang-barang yang perlu saya hantar untuk memudahkan penyediaan makanan khususnya bahan makanan?
  8. Sekiranya saya perlu bekerja pada hari cuti, adakah puan boleh mengasuh anak saya? Dan berapa pula bayaran dikenakan?
  9. Bagi penyediaan pampers, adakah saya perlu memberikan setiap minggu mengikut kadar penggunaan atau memberikan satu pek besar untuk diletakkan terus di rumah puan?
  10. (Sekiranya anak menggunakan buaian) Adakah saya perlu menyediakan kelengkapan buaian?
  11. Jika puan ingin mengambil cuti, adakah puan setuju sekiranya saya menolak bayaran pengasuh bagi setiap hari cuti tersebut? Ini kerana berkemungkinan saya perlu membayar pengasuh ganti ketika puan bercuti.

Sebenarnya, banyak lagi soalan yang boleh dikemukakan kepada bakal pengasuh anak untuk memudahkan lagi urusan pada masa akan datang. Semuanya bergantung kepada kehendak ibu bapa itu sendiri. Namun, soalan di atas adalah antara soalan-soalan asas yang boleh dikemukakan.

  • Share:

You Might Also Like

1 berkongsi idea

  1. Panduan yang sangat berguna buat sesiapa yang baru mencari pengasuh :)

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.