TABAHKAN HATIMU, DUHAI IBU

By Permata Malap - 10:30 am

Betapa berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. 

Membaca blog Queen membuatkan IbuNoey sedar, sebetapa teruknya dugaan yang kita alami, ada orang lain lagi di luar sana yang menghadapi dugaan yang lebih hebat.

IbuNoey mula menjumpai blog Queen ketika mencari maklumat tentang Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan untuk mengetahui bagaimana layanan dan perkhidmatan di sana. Tertarik dan tersentuh dengan kisah Zara, IbuNoey follow blog Queen dan tidak berhenti mengikuti perkembangan Zara. Dan kerana itu, IbuNoey pernah naikkan entri berkaitan blog Queen di SINI. Memang sedih dan terharu bila membaca ketabahan dan kesabaran seorang ibu dalam menghadapi dugaan. Jika IbuNoey di tempat Queen, mungkin IbuNoey tidak sekuat itu. 

Perkembangan Zara semakin lama semakin memberangsangkan. Dan kini alhamdulillah, Zara dah ada adik lelaki. Tahniah buat Queen. Namun, sekali lagi Queen diuji. Menitik air mata IbuNoey saat membaca tulisan Queen tentang Aryan. Semoga Queen sentiasa tabah.. Ikuti kisah Queen dengan menekan gambar di bawah.





  • Share:

You Might Also Like

1 berkongsi idea

Pendapat anda amat dihargai.