PESAING SIHAT VS PESAING SAKIT (DUNIA PERNIAGAAN)

By Permata Malap - 9:00 am







Ni antara komen yang IbuNoey cedok dari sebuah page perniagaan di Facebook. IbuNoey sangat sokong dengan komen ni sebab sebelum ni, memang IbuNoey tengok ada beberapa komen dari 2-3 orang yang seolah-olah mencantas promosi Admin page tersebut. Tapi malangnya IbuNoey dah tak jumpa komen mencantas tu. Mungkin sebab Admin page dah delete komen tersebut.

Terus-terang IbuNoey katakan, IbuNoey cukup anti dengan orang yang suka cantas perniagaan orang lain. Malangnya itulah sikap orang Melayu. Bersaing tu tak salah tapi biarlah kena pada tempatnya. 

Macam kes di atas, sesiapa yang berniaga online melalui Facebook ni (terutama yang buka page), pasti tahu yang iklan di dalam Facebook tu berbayar. Jadi adalah tak wajar kalau ada orang lain (yang pastinya bukan pemilik page), cuba menawarkan barangan yang sama (dengan memberi komen pada page) kepada bakal customer yang memberi komen pada page tersebut. Cuba berdikari dengan membuat page dan iklan sendiri. Barulah pesaing sihat namanya.

Sama juga dengan kes di mana ada sesetengah individu yang like dan follow sesuatu page perniagaan semata-mata sebagai stalker atau ingin mencuri customer. Dan bila ada bakal customer yang minta Admin page tersebut untuk memaklumkan harga atau cara pembayaran, stalker ini akan cepat-cepat mesej bakal customer dan memaklumkan bahawa dia boleh memberikan harga yang lebih murah daripada Admin page tersebut. Berbaloikah untuk menjadi pesaing sakit?

Jadi, pesan IbuNoey kepada peniaga online, cubalah menjadi pesaing sihat. Cuba buka page sendiri, buat iklan sendiri. Kalau rasa tak mampu nak buat page sendiri, iklan je kat akaun individu. Tak pun cuba join group Facebook yang khas untuk orang berniaga. Wujudkan promosi sendiri. Banyak cara untuk iklankan produk kita dengan cara yang sihat. Bukan dengan menyelit di sebalik iklan yang mungkin berbulan-bulan untuk pemilik asal memikirkan ayat yang power.



  • Share:

You Might Also Like

7 berkongsi idea

  1. Betul.. sebaiknya bantu-membantu
    Berlapang dada letak rasa bangga dgn bangsa sendiri yg berjaya
    Sifat iri membunuh diri secara senyap - berhati-hatilah..

    ReplyDelete
  2. Yang penting kan BERKAT. Baru bahagia dunia akhirat.

    Jom join contest mudah mommy irra ^_^

    ReplyDelete
  3. Saya sangat setuju, kita sepatutnya saling menyokong. Rezeki Allah dah tentukan...

    ReplyDelete
  4. sokong2 . bukan setakat perniagaan je . macam2 boleh sebab nak naikkan reputasi sendiri

    ReplyDelete
  5. mcm2 ragam manusia ni kan.. sendiri kena rajin berusaha kalau nk berjaya.. jgn tumpang org lain..

    ReplyDelete
  6. betul tu bnda mcm ni atas diri sendiri
    jika kita ikhlas in shaa Allah rezeki pasti ada kan

    ReplyDelete
  7. dunia2... keje nk mencilok keje org je...

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.