Siapa sini yang tak ada Whatsapp? Atau yang tak ada Facebook? Ahahaha.. Rasanya kebanyakan ada dua benda tu kan? IbuNoey dan AyahMal tak terkecuali, ok.
IbuNoey tak nafikan, betapa pentingnya kedua-dua benda ni sekarang sebab maklumat lebih cepat sampai. Cuma, bagi IbuNoey, adalah lebih baik berhati-hati di dalam menyebarkan maklumat kerana dikhuatiri maklumat itu hanyalah maklumat palsu semata-mata. Dan ada maklumat-maklumat tertentu yang tak sesuai untuk dikongsi.
Dan salah satunya adalah seperti gambar di atas. Bagi anda yang beragama Islam, anda percaya ke dengan Feng Shui Cina? Anda percaya ke dengan hanya menghantar mesej tu, anda akan dapat duit?
Kalau la ayat-ayat kat atas tu benar kan, tak perlu la rasanya kita bersusah payah pergi kerja, pergi berniaga. Cukup sekadar hantar mesej tu je. Namun realitinya, anda nilailah sendiri ye.
Kalau la ayat-ayat kat atas tu benar kan, tak perlu la rasanya kita bersusah payah pergi kerja, pergi berniaga. Cukup sekadar hantar mesej tu je. Namun realitinya, anda nilailah sendiri ye.
1 berkongsi idea
Tu la, banyak sangat mesej macam ni sekaranag...
ReplyDeletePendapat anda amat dihargai.