DUGAAN TERBESAR DALAM MEMBESARKAN ANAK

By Permata Malap - 11:00 am

Memang tak dinafikan bermacam dugaan hebat yang perlu kita hadapi dalam membesarkan anak-anak. Adakalanya dugaan itu gagal kita tempuhi. IbuNoey akui IbuNoey sendiri gagal juga pada masa-masa tertentu. Jadi, jom kita lihat antara dugaan terbesar yang dihadapi dalam membesarkan anak-anak.


1. Mengawal kemarahan. 
Ini antara dugaan yang paling susah buat IbuNoey. Ini kerana IbuNoey terkenal dengan sikap cepat naik darah. Tapi biarlah kemarahan itu bertempat dan berpada-pada.



2. Melayani permintaan anak. 
Kadang-kadang bila kita sibuk membuat sesuatu di rumah, bermacam pula permintaan anak-anak. Firas sendiri selalu begitu. Ketika IbuNoey tengah sibuk di dapur, dia pula sibuk minta air, minta makanan walaupun sebenarnya IbuNoey dah sediakan di atas meja makan. Lagilah ketika masa menonton TV. Selagi tak dilayan, selagi itulah dia sibuk panggil minta dipenuhi permintaannya.



3. Menjaga anak sakit. 
Apabila tiba dugaan ini, memang perlukan banyak pengorbanan dari segala aspek. Budak-budak ni bila sakit, memang banyak ragamnya. Ada yang nak didukung setiap saat, ada yang merengek, ada yang nak kita duduk di sisinya setiap masa, dan macam-macam lagilah.

Banyak lagi sebenarnya dugaan yang perlu dihadapi dalam membesarkan anak-anak. Tapi cukup tiga sahaja dugaan yang IbuNoey kongsikan sebab ia memang antara part of my life. Cuma, bila datangnya dugaan di atas, satu je yang akan IbuNoey fikirkan, "Layanlah. Esok belum tentu dapat rasai lagi karenah mereka."




  • Share:

You Might Also Like

3 berkongsi idea

  1. Semoga semua anak dapat menjaga ibunya di saat tua..

    ReplyDelete
  2. assalam, betul tu ibunoey..
    smga urusan kita dipermudahkan hendaNya..
    bukan snng kan
    saya baru nak masuk 6 bulan ni..

    ReplyDelete
  3. betul tu..saya pun selalu cuba tenangkan diri fikir benda sama..tak lami lagi depa semua nak besaq dah..lepas ni semua bakal meninggalkan kita..layanlah selagi ada peluang ni kan..

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.