Syukur Al-Hamdulillah, berkat usaha dan kerja keras kumpulan Zero, akhirnya mereka dinobatkan sebagai Juara dalam Maharaja Lawak Mega 2014. Siapa sangka, gagal pada tahun sebelumnya, namun kemudian menjadi Juara pada tahun 2014. Itulah dinamakan, gagal sekali tidak semestinya gagal selama-lamanya.
Apa yang penting, berusaha. Tahniah buat kumpulan Zero. Sebagai anak jati Sabah, IbuNoey turut berbangga dengan kejayaan mereka.
Apa yang penting, berusaha. Tahniah buat kumpulan Zero. Sebagai anak jati Sabah, IbuNoey turut berbangga dengan kejayaan mereka.
Apa yang IbuNoey nak kongsikan di sini adalah keberkesanan mereka melakukan aksi tarian Singa semasa persembahan mereka tempohari. Sangat best dan mantap. Bukan mudah nak buat aksi tarian Singa ni. Kena ada persefahaman antara dua pihak. Lagilah nak buat aksi secara lawak. Jom baca sedikit penerangan tentang tarian Singa.
Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakkan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa itu akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
Sumber: pmr
See... Bukan mudah kan nak membuat pergerakan singa. Lagipun seingat IbuNoey, kepala kostum singa tu agak berat. Jadi, penari bahagian hadapan perlu bertenaga untuk pegang bahagian tu. Dan kalau gerak kaki tak seiring, jadi nampak cacat nanti pergerakan tu. Penari bahagian belakang pula perlu membongkok untuk mencantikkan bentuk tubuh singa. Penat tu nak membongkok selalu.
Psstt.. Masa kecik-kecik dulu, suka main tarian Singa guna selimut tau.
4 berkongsi idea
Urang sabah bah tu.... kikiki :3
ReplyDeletehttp://cicihana.blogspot.com/
tahniah zero..oo ibunoey pun sabahan yerr...
ReplyDeletehehehe...leh ketawa balik bila kenangkan zero guna tarian singa tu kann...kelakar
ReplyDeletedulu kecik2 suka tengok tarian cina dekat kampung.. setiap kali CNY mesti tunggu jer tarian singa nih.. sebab kat kampung dekat ngan lorong yang menempatkan rumah2 bangsa cina nih..
ReplyDeletePendapat anda amat dihargai.