TELUR KAHWIN LEBIH UMPHH

By Permata Malap - 10:00 am




Sejak kanak-kanak lagi, IbuNoey memang suka makan telur macam ni. Rasa sedap telur tu berlainan daripada biasa. Kadang macam tak puas makan kalau dapat sebiji jer. Kadang tu berebut dengan adik beradik lain selepas balik daripada kenduri. Arwah mak siap cakap nak masakkan telur yang lain tapi kami tetap tak nak.

Hah, tu la penangan telur yang IbuNoey dapat masa kenduri kahwin. Sedapnya tu lain macam kan. Kalau zaman dulu, telur diletak dalam kotak kecil. Lepas tu, kat dalam ada daun pandan dengan sedikit beras. Tu masa kat kampung IbuNoey la. Wangi dan menyelerakan. Jadi, bila masuk anak tekak, macam sedap bebenar la.

Sekarang ni, umphh telur kenduri kahwin agak kurang sikit la bagi IbuNoey. Mungkin sebab tak de bau pandan. Tapi tetap juga makan sebab keenakannya tu agak berlainan daripada telur yang biasa kita masak. Dan tetap juga tak cukup sebiji. Hantu telur katakan.. Hehe..

  • Share:

You Might Also Like

4 berkongsi idea

  1. Kakak rasa sebab ada berkat org kawen telur itu jadi macam sedap IbuNoey:)
    Masa kakak kecik-kecik dulu arwah mak kakak siap belah bagi-bagi tau.
    Rebus yg baru tak sama kan hihi...

    ReplyDelete
  2. Zaman kita kecik-kecik dulu, bunga telur memang popular kan sis. Tapi ada sekali tu Anim termakan telur yang busuk ..! Terus boikot lepas tu haha. Sekarang ni, orang dah jarang guna bunga telur sebagai gift, mungkin sebab kosnya mahal dari manisan-manisan lain.

    ReplyDelete
  3. fifi pernah makan hampir 20 biji telur kenduri kahwen.. one shot.. mase tu on the way nak balik rumah.. dalam 3 jam perjalanan.. lepas tu.. stop kejap makan telur.. muak.. hahaha.. tapi sekarang suke macam biase balik!~

    ReplyDelete
  4. zaman sekarang ni orang dah tak buat dah telur kahwin tu. sekaligus budaya tu akan hilang suatu hari nanti. orang sekarang suka bagi gula2, sapu tangan, bahulu dan pasu.

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.