Semalam, satu Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Kecil JPAM telah diadakan di Dewan Besar, Ibu Pejabat JPAM. Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk melantik AJK Induk baru yang akan menggantikan AJK Induk Sesi 2013/2014. Di samping itu, mesyuarat ini juga bagi membentangkan segala hal berkaitan aktiviti dan kewangan PUSPANITA pada tahun 2014.
Mesyuarat bermula sekitar pukul 2 petang iaitu setelah semua ahli menunaikan Solat Zuhur. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu korporat PUSPANITA diikuti dengan bacaan doa. Setelah itu, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Ketua Pengarah JPAM, Dato' Zaitun binti Ab Samad.
Buku laporan tahunan yang diedarkan sebelum majlis bermula. |
Mc person yang ditugaskan |
Seterusnya, AJK Induk PUSPANITA Cawangan Kecil JPAM Sesi 2013/2014 mengambil tempat masing-masing bagi pembentangan laporan tahunan 2014.
Setelah itu, pembubaran AJK Induk PUSPANITA Cawangan Kecil JPAM Sesi 2013/2014 diumumkan oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil JPAM iaitu Dato' Zaitun binti Ab Samad.
Kemudian, mesyuarat diteruskan dengan pemilihan AJK Induk bagi sesi 2015/2016.
Kemudian, mesyuarat diteruskan dengan pemilihan AJK Induk bagi sesi 2015/2016.
Barisan AJK Induk Sesi 2015/2016. Tahniah kepada yang terpilih. |
0 berkongsi idea
Pendapat anda amat dihargai.