TIPS SEWA HOTEL BAJET

By Permata Malap - 12:00 pm

Berikut merupakan tips untuk menyewa hotel bajet:

1. Sediakan penyangkut baju (hanger) secukupnya terutama bagi perempuan.

2. Jika anda jenis yang malas untuk keluar daripada bilik, bawalah seterika bersama. Sebab kalau di hotel bajet, seterika tidak akan disediakan di setiap bilik ye.

3. Bawalah air mineral, cawan, sudu, dan pinggan (jika perlu) secukupnya.

4. Jangan tinggalkan barang-barang mandian anda di dalam bilik mandi ataupun tandas walau seminit pun. Sebab anda akan menyesal seperti IbuNoey okey..

palmolive
Kena curi. Dah la baunya wangi.

colgate, optic white
Ni pek kedua. Pun kena curi.

conditioner
Walaupun bukan barang kegemaran, tapi geram juga bila kena curi.

PERHATIAN : GAMBAR ADALAH HASIL DARIPADA GOOGLE KERANA BARANG SEBENAR MEMANG TIDAK DIJUMPAI

Waaaaa.. Tengoklah, betapa banyaknya barang mandian IbuNoey yang kena curi. Kesemua barang ni IbuNoey letak dalam satu baldi kecil bersama-sama syampu, berus gigi, sabun pencuci muka, dan lain-lain lagi.

Alkisahnya, IbuNoey tinggalkan baldi kecil tu dalam bilik mandi pada malam hari Jumaat (dalam pukul 2 pagi juga sebenarnya). Dengan anggapan bahawa, semua penyewa kat situ adalah Melayu dan tidak akan tergamak mengambil barang orang lain tanpa keizinan. At last, awal pagi hari Sabtu, IbuNoey tengok, dah hilang beberapa barang dalam tu. Dan guess what, barang kat bawah ni pun kena songlap sekali.


safi, manjakani
Buih pembersih peribadi wanita

Bila barang ni dah hilang, IbuNoey dah tahu dah siapa yang songlap. Mereka adalah keluarga suami isteri bersama dua orang anak lelaki yang buat kecoh awal pagi tu. Kenapa IbuNoey kata macam tu? First, bilik mandi yang IbuNoey letak baldi kecil ni digunakan oleh mereka sebelum IbuNoey masuk dan check baldi IbuNoey. Second, hanya ada dua bilik yang penghuninya ada orang perempuan iaitu bilik IbuNoey dan bilik dorang.

Menyesalnya berprasangka baik. Tapi seriously, IbuNoey tak halalkan siapa yang ambil barang-barang IbuNoey ni. Fullstop.

  • Share:

You Might Also Like

3 berkongsi idea

  1. barang2 macam tu pun nak curi juga? miskin sangat ke diaorang tu sampai nak mencuri.

    ReplyDelete
  2. pengajaran utk masa depan.. :)

    ReplyDelete
  3. Salam singgah...

    hmmm..macam2.. ke ada org tolong kemas? x pon tolong kebas...hihi.

    http://thebeautyofsplendid.blogspot.co.uk/

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.