Awal tahun ni, IbuNoey terpilih sebagai wakil jabatan sempena Sambutan Maulidur Rasul. Dapatlah jubah dress free bersama tudung shawl instant. Tapi memandangkan jubah tu jenis yang dah siap, tinggal pilih saiz ikut kesesuaian badan, maka ianya agak labuh. Maklumlah, IbuNoey ni rendah je kan. Jadi, melilau la cari kedai jahit untuk potong sikit bahagian bawah jubah.
Memandangkan Keramat Mall tak jauh dari pejabat, drive sorang-sorang la menuju ke sana. Lagipun ada hal lain nak buat di sana. Sila rujuk entri sini.
Sampai kat Keramat Mall, agak jenuh juga nak cari kedai jahit yang nak potong sikit-sikit ni. Sebab kebanyakannya hanya ambil tempahan untuk buat sepenuhnya. Maksudnya, jahit satu baju terus la. Dan ada beberapa buah kedai yang tak buka. Tak tahulah kalau dorang buka lambat ke.
Pusing punya pusing, hampir berputus asa juga. Sekali tu, terjumpalah satu kedai kat first floor. Mula-mula, akak tu macam tak nak ambil. Tapi mungkin dia kesian tengok muka IbuNoey yang dah kepenatan mencari, dia pun terimalah. Cuma katanya, kena ambil keesokan hari sebab ambil masa sikit nak siapkan. Tak kisahlah, kak.
Ni kedainya. Yang tengah menjahit tu pemiliknya. |
Tapi.. Hah tu dia, ada tapinya lagi. Tapi, sebaik saja IbuNoey keluarkan jubah tu dan tunjukkan kat akak tu, akak tu terus cakap, oh, kalau style gini, ari ni pun boleh siap. Alhamdulillah. Cepatlah settle jubah IbuNoey. So, sementara menunggu akak tu siapkan kerja dia, IbuNoey pun pergilah ke satu tempat untuk membereskan urusan IbuNoey yang lain. Apa urusan tu? Rujuk entri sini ya. Sambil menyelam, haruslah sambil minum air. Tapi, IbuNoey keluar dengan izin bos tau.
Dan lepas da setel semua, IbuNoey pun ambil la jubah yang dah diubahsuai dan test kat ofis. Perfecto ok. Tapi sayangnya, tak ada ambil gambar full bersama jubah dress.
Sempat ambil kadar upah jahit. Murah ke tak untuk kadar kat KL ni? |
3 berkongsi idea
Salam..ada no tel kedai jahit ni x?
ReplyDeletesalam..alamak,sorry,dear.IbuNoey tak save number akak tu hari tu.
DeleteAda nombor telefon kedai ni tak?
ReplyDeletePendapat anda amat dihargai.