TING TING TING

By Permata Malap - 9:00 am




Akhirnya, setelah sekian lama berhasrat untuk membuka Akaun ASB untuk Firas dan Farhan, tercapai juga pada hari Jumaat lepas. Sebelum tu, buka dulu laman sesawang ASB untuk persediaan dokumen yang diperlukan.

Berikut dokumen yang diperlukan untuk membuka akaun ASB anak:

1. Kad pengenalan ibubapa/penjaga
2. Sijil lahir anak
3. Salinan kad pengenalan ibubapa/penjaga
4. Salinan sijil lahir anak
5. Kad pengenalan anak

No.3 dan no.4 tu, IbuNoey bawa siap-siap. Kalau lupa nak bawa pun, pihak bank ada mesin fotostat untuk fotostatkan dokumen. No.5 tu pula IbuNoey standby jer. Manalah tahu pihak bank perlukan nanti. Tapi no.5 tu perlu rasanya jika anak berusia 12 tahun ke atas.

Ok.. Dah prepare semua dokumen, pergilah ke bank yang menjadi wakil ASB. Macam IbuNoey, IbuNoey pergi ke Maybank kat Wisma Felda, Jalan Gurney. Maybank adalah wakil sah ASB ye.

Masuk je ke dalam Maybank, IbuNoey pergi ke kaunter pendaftaran dan bagitahu orang kat situ yang IbuNoey nak buat akaun ASB untuk dua orang anak. So, orang tu bagi dua borang untuk IbuNoey isi. Selepas dah siap isi, IbuNoey pun ambil nombor giliran dan tunggu nombor dipanggil.

Selepas nombor dipanggil, IbuNoey pun pergi ke kaunter khas untuk ASB. Kiranya mana-mana urusan berkaitan ASB, memang kat kaunter tu je la. Kali ni, dua kaunter buka. So, tak adalah lama sangat nak menunggu tu. Sampai kat kaunter tu, serahlah semua dokumen yang diperlukan. Oh ye, macam biasa, kalau nak buka akaun, kenalah ada kemasukan pertama. So, IbuNoey bagi RM50 untuk setiap satu akaun.

Lepas tu, kenalah tunggu untuk mendapatkan buku. IbuNoey terpaksa datang semula pada sebelah petang sebab orang kaunter kata, lambat lagi nak siap buku tu. Entah kenapa lambat sangat, IbuNoey pun tahu. So, pukul 2 petang, IbuNoey datang semula dan tadaa....



ASB
Inilah buku ASB Firas dan Farhan


Dalam masa yang sama, ambil peluang untuk update buku ASB sendiri. Sudahnya, kena tukar buku sebab buku dah penuh dicetak. Pengeluaran je la yang paling banyak pun.

P/S : Lepas ni akan cuba buka akaun Tabung Haji pula la..



Selamat tinggal buku lama,

  • Share:

You Might Also Like

1 berkongsi idea

  1. Alhamdulillah..bagus amalan ni..kami pun blum update ASB n TH huhu

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.