Beberapa minggu lepas, IbuNoey berkesempatan pergi ke AEON Cawangan AU2, Setiawangsa bersama-sama AyahMal dan anak-anak. Tujuan sebenar nak pergi ke Cosway sebab ada barang nak beli. Padahal ada je Cosway kat sekitar Jalan Genting Kelang tu. Saja je nak berubah angin, nak jenguk keadaan AEON kat sana.
Selepas dah siap-siap pilih dan beli barang Cosway, kami pun meninjau-ninjau keadaan kat AEON ni. Sebelum masuk ke Cosway, memang dah perasan ada beberapa orang berdiri dekat satu sudut ni. Nampak juga ada dua, tiga orang duduk kat kerusi. Rupa-rupanya ada khidmat sketch. Apa kebenda sketch tu? Korang google la yer.
Entah apa angin AyahMal ari ni, dia pergilah tanya pelukis tu pasal kadar bayaran. Ada dua jenis tau; hitam putih RM10 seorang dan berwarna RM30 seorang. Kalau nak gabung dua orang dalam satu lukisan pun boleh tapi bayaran ikut kepala la walaupun digabungkan dalam satu lukisan.
Dan baiknya angin AyahMal hari ni, dia berminat dan minta pelukis tu lakar gambar Firas dan Farhan dalam satu lukisan sahaja. Tapi hitam putih je la.
Dan baiknya angin AyahMal hari ni, dia berminat dan minta pelukis tu lakar gambar Firas dan Farhan dalam satu lukisan sahaja. Tapi hitam putih je la.
Sedang khusyuk melakar. |
Ada tiga orang pelukis sebenarnya. Yang seorang lagi belum sampai. |
Ni salah seorang teruna yang menjadi model lakaran. |
Tadaa... Inilah hasilnya. Comel tak? Total semua sekali termasuk laminate adalah RM30. Oklah kut sebab AyahMal yang sponsor. Actually, kalau tengok, gambar Firas tu pakai baju belang. Hakikatnya Farhan yang pakai baju belang. Tapi tak pe la, ni pun dah cukup comel. Yang lagi comel tu, tang mata dan tangan. Memang sesuai sebab mata Farhan memang lebih besar daripada mata Firas. Dan tangan Farhan lebih berisi daripada Firas.
So, sesiapa yang berminat dan rasa harganya berbaloi, bolehlah berkunjung ke Aeon AU2 ye.
4 berkongsi idea
cantik bila tengok hasilnya...
ReplyDeletemmg berbaloi hrga tu akak.. napela xde kat ipoh ni =(
ReplyDeleteMemang comel...pandai orang tu lukis. haha. bolehlah gambar tu jadi kenang kenangan bila diaorang besar nanti.
ReplyDeletedh lama x g jusco AU2...dulu tpt bermain...heheheh...cosway kt situ tpt pertama sy jd ahli...chantek diorg buat sketch ni kan...kreatif tol..hihihii
ReplyDeletePendapat anda amat dihargai.