UNFRIEND JIKA INVITE GAME

By Permata Malap - 11:00 am

stop invite game, game Facebook



Ok, siapa yang tak rasa annoying bila ada notification yang berunsur invite untuk main game dalam Facebook? IbuNoey pun sama juga la. Tapi lama kelamaan, IbuNoey buat tak tau je. Kalau ada notification, baca dan abaikan. Bukannya kena paksa untuk masuk juga game tu pun.

Apa yang IbuNoey lihat, ada yang up status tahap mengugut. Nak unfriend la, nak block la. Padahal bestfriend tu. Tahu tak kadang kala orang yang invite tu pun sendiri tak tahu yang dia ada invite korang? Sebab apa? Sebab game tu ada auto invite. Besar kemungkinan orang yang invite tu dah lama tak main game tu pun. 

IbuNoey kadang-kadang lagi rasa annoying bila ada orang yang meroyan dalam status pasal kena invite main game. Padahal benda tu, benda kecil je pun. Tak guna duit pun, boleh diabaikan pun. Kalau rasa terganggu sangat, terus unfriend je orang tu, tak payah nak bising-bising dalam Facebook. Tapi seeloknya, tak perlulah sampai tahap unfriend atau block. Kan ada cara nak stop daripada terima invitation untuk game. Cuba google dulu. Jangan tahu menghadap Facebook je. Kena rajin cari maklumat dalam internet juga. Barulah ada kemajuan.

  • Share:

You Might Also Like

0 berkongsi idea

Pendapat anda amat dihargai.