Siapa yang tak sayang anak wei? Siapa yang sanggup tengok anak menderita sakit wei? Sebagai mak ayah, mestilah nak tengok anak ceria dan sihat sentiasa. Tapi siapa kita untuk menentukan anak-anak kita sentiasa diberikan kesihatan yang baik? Kita hanya mampu berusaha untuk merawat dan mencegahnya tapi selebihnya terpulang kepada takdir.
Samalah halnya dengan IbuNoey sekarang. Sebolehya, tak nak la anak-anak sakit. Tak naklah anak merengek sebab tak sihat. Kesian kat dorang. Tapi nak buat macam mana. Bukannya IbuNoey tak reti jaga anak. Bukannya IbuNoey malas nak mencegah penyakit mereka tu datang. Dah usaha tapi penyakit tetap datang.
Apa yang mampu IbuNoey buat sekarang, hanyalah merawatnya. Bagaimana? Bagilah ubat. Lepas bagi ubat, biar je anak tu ke? Aish, kenalah pantau. Takkan anak demam, masih mampu tidur nyenyak lagi. Mestilah tidur-tidur ayam sebab nak pastikan suhu anak sentiasa stabil. Dibuatnya suhu naik mendadak tanpa pantauan, mau kena sawan tarik anak tu nanti. Siapa yang susah? IbuNoey juga la.
Jadi kalau nampak IbuNoey dok tersenguk-senguk kat pejabat tu atau hilang fokus dalam kerja semasa di pejabat, janganlah salahkan IbuNoey. Tiada sesiapa pun yang bersalah. IbuNoey percaya ramai lagi ibu-ibu lain kat luar sana pun alami keadaan yang sama. Cuma mungkin ada segelintir yang tak faham keadaan akan mengeruhkan suasana. Tapi bagi IbuNoey, biarkanlah. Kita diduga dengan cara begitu. Mungkin esok lusa orang itu diduga dengan cara lain.

1 berkongsi idea
singgah follow #140
ReplyDeletePendapat anda amat dihargai.