Bukan mudah untuk menerima teguran, bukan senang untuk mengakui kesilapan sendiri. Kadang bila ada sesuatu kesilapan yang diperkatakan, mungkin lebih ramai yang melenting dan membidas berbanding yang menerima dan memperbaiki kesilapan itu.
Hendak dijadikan cerita, baru-baru ni, ada satu topik yang hangat diperbincangkan di dalam group Whatsapp sekolah lama IbuNoey. Serius, bila membaca ayat salah seorang daripada ahli group tu berkenaan topik yang ditimbulkan, IbuNoey terus sentap. Tapi sentap tu bukan mengakibatkan timbul rasa marah terhadap orang tu. Sebaliknya IbuNoey sentap sebab malu dengan kelakuan selama ini. Berulang kali buat pula tu. Adoyai.
Jadi, selepas ini, IbuNoey akan cuba perbaiki kesilapan tu. Tentang apakah kesilapan tu, biarlah ianya menjadi rahsia IbuNoey. Ehem, ruang kerahsiaan haruslah tidak dibuka sepenuhnya kan... Kalau tak, nanti ibarat membuka pekung di dada pulak.
Harapnya, IbuNoey berjayalah daripada tidak mengulangi kesilapan tu. Mungkin agak susahlah juga sebab ada sesetengah orang kat luar sana pun buat kesilapan yang sama. Tapi usaha kan tangga kejayaan? Sentap, sentap juga. Akui kesilapan yang paling penting.
7 berkongsi idea
ya, itu yang sebaiknya..
ReplyDeletesentap bertempat tak pe..kalau ke arah kebaikan..bukan sebagai pengkritik sahaja...diri sendiri tidak di lihat kan..
ReplyDeletesalam.
ReplyDeletesalam perkenalan. nice blog. setuju dgn entry ni, kadang2 kita tak sedar kan yg kita dah buat kesilapan. jemput singgah blog akak. tq
http://lineyghazali.blogspot.com/
Tak perlu didedahkan kalau ianya sudah dikata rahsia.
ReplyDeleteMenerima isu dgn hati terbuka itu lebih baik daripada terus berada dlm ketidak sedaran.
Itulah ada baiknya WS andai digunakan dgn tujuan baik..
inshaaAllah..harap tak berulang balik kesilapan itu
ReplyDeleteassalamualaikum Ibunoey, biasalah tu kan semua orang pun pernah buat kesilapan, cuma bila kita dah sedar jgn buat lagi, biarlah rahsia ya!!
ReplyDeletexpe..yg pnting kt berusaha nak ubh kesilapan itu..
ReplyDeletePendapat anda amat dihargai.