Lately, IbuNoey agak rajin up entri. Tapi kebiasaannya, hanya hari Isnin hingga Jumaat jer. Itupun hanya satu entri satu hari. Sabtu dan Ahad, blog off. Nak buat autopublish pun malas. Kalau berkesempatan, hanya balas jejak je la.
Tak dinafikan agak struggle juga nak cari idea untuk up entri ni kan. Tapi kadang bila idea mencanang naik, sampai satu saat, tiba-tiba rasa macam malu nak kongsi cerita.
IbuNoey selalu la macam tu. Taip punyalah berhabis. Tiba satu saat, save dan terus jadi draft sampai hari ni. Tak publish pun. Sebabnya, rasa tertanya-tanya, "Berbaloikah aku kongsi ni? Tak ada orang lain akan terasa hati ke? Buka pekung di dada tak? Tak macam terlalu berbangga ke? Bermanfaat ke entri aku ni?"
Aduhai.. Sah lah IbuNoey ni jenis yang tak berani mencuba kan. Memang pun, okey. Ahaha. Tapi itulah, kadang cemburu gak tengok blogger lain yang up lebih daripada satu entri dalam sehari. Nak jadi macam tu, kenalah berani, ye tak?
So, apakah selepas ini perlu dibukakan sedikit ruang kerahsiaan itu? Tapi bukan rahsia rumahtangga la ye..
0 berkongsi idea
Pendapat anda amat dihargai.