Migrain memang menyeksakan. Sakit kepala berdenyut yang biasanya melibatkan sebelah kepala dan seiring dengan sensitiviti terhdadap cahaya dan bunyi serta disertai dengan loya dan muntah. Migrain boleh berlarutan selama beberapa jam, boleh juga sehingga beberapa hari.
Jika anda membuat kerja berat semasa migrain menyerang, kesakitan anda mungkin akan meningkat. Apabila tidak dirawat, ia boleh berlarutan sehingga 72 jam. Mari kita lihat faktor pencetus migrain.
- Alahan dan tindak balas alergi.
- Lampu yang cerah, bunyi yang kuat, dan bau tertentu seperti minyak wangi.
- Tekanan fizikal atau emosi.
- Perubahan dalam corak tidur atau tidur tidak teratur.
- Merokok atau terdedah kepada asap.
- Berpuasa (lebih kepada kurang pengambilan makanan seimbang ketika bersahur).
- Gula darah yang rendah (berpunca daripada kelaparan atau terlalu banyak karbohidrat ditapis).
- Alkohol.
- Pusingan haid yang tidak menentu, pil perancang dan pengaliran hormon yang tidak seimbang.
- Sakit kepala ketegangan.
- Makanan seperti coklat, kacang, mentega kacang, pisang, limau, bawang, produk tenusu dan makanan yang diperam atau jeruk.
Rawatan migrain yang mungkin boleh membantu
- Ubat seperti aspirin, ibuprofen, dan sebagainya.
- Baring dan letakkan pek ais di bahagian dahi dan tutup mata anda.
- Merendam satu atau kedua-dua tangan di dalam air yang diletakkan ais.
- Ketuk tiga kali di pelipis, bahu, dan bahagian dalam pergelangan tangan.
- Rehat dan tidur secukupnya untuk mempercepatkan proses pemulihan.
Bolehkah migrain sembuh sepenuhnya dan tidak menyerang seseorang lagi? Tidak. Namun begitu, kekerapan migrain akan berkurangan apabila umur semakin meningkat.
0 berkongsi idea
Pendapat anda amat dihargai.