Pagi ni, macam biasa, gerak ke pejabat seawal pukul 7 pagi. Sebelum gerak, baca doa dipermudahkan segala urusan hari ni. Masa start enjin kereta, hati terdetik sedikit, nak tambah air kereta atau tak. Maklumlah, sejak akhir-akhir ni temperature cepat naik sebab kata AyahMal, radiator kereta IbuNoey tu dah bocor. Jadi air cepat kering. Tapi memandangkan pagi semalam baru je isi air, jadi IbuNoey batalkan niat isi air.
So, lepas dah start enjin kereta, geraklah menuju ke pejabat. Di awal pemanduan, semuanya nampak smooth sahaja. Lepas tu, temperature naik mendadak. Sehinggakan IbuNoey dah pasang double signal. Masa tu, dah agak panik, tak tahu nak berhenti kat mana sebab jalan tengah jammed.
Kereta berderet. Kalaulah kereta IbuNoey stuck di situ, bertambah jammed la. |
Dengan tawakalnya, IbuNoey teruskan perjalanan sehinggalah sampai di tepi simpang masuk ke Kolej Siswa Jaya UTM. Masa tu, memang temperature dah naik habis. Lepas dah berhenti, IbuNoey cuba call AyahMal. Tapi AyahMal tak angkat. IbuNoey try call member ofis. Pun tak angkat.
Sempat snap gambar sebelum bantuan air tiba |
Dalam hati dah cemas ni sebab takut terlewat sampai pejabat. Lepas tu, IbuNoey keluar dari kereta dan kemudian buka bonet depan. Dalam pada tu, masih lagi cuba contact AyahMal. Dipendekkan cerita, datang seorang adik pengawal yang dari tadi IbuNoey ada ternampak berdiri di tepi pagar penghadang jalan masuk ke kolej UTM tu. Dialah yang hulurkan bantuan pada IbuNoey. Termasuk sorang lagi kawan dia. Lupa pula nak snap gambar budak tu. Tapi namanya kalau tak silap IbuNoey, Ikhwan. Dengan bantuan dia, al-Hamdulillah, IbuNoey selamat sampai ke pejabat dan tak terlewat pun.
Kesimpulan daripada peristiwa ini, doa itu penting ye. Berkat doa tu, IbuNoey dapat teruskan perjalanan ke tempat yang mudah untuk dibantu oleh orang lain. Berkat doa jugalah, ada orang yang sudi hulurkan bantuan. Kesimpulan yang kedua, doa bukanlah diperkenankan dengan segera. Jadi bila berdoa tu, kenalah bersabar tunggu hasilnya. Kesimpulan yang ketiga, check selalu kereta tu.
4 berkongsi idea
alhamdullilah, allah swt sentiasa menolong dikala kesussahan:)
ReplyDeleteAlhamdulillah,kak.berkat doa kan.kalau tak,memang tak tahu apa jadinya.
DeleteKereta sy pulak mmg tiap kali sebelum gerak kena isi air dulu. Lg leceh. Hehehe. Tu yg malas nak bawa dia jalan2. Tambah plak takde aircond. Tghari dah mcm duduk dlm oven. Haha
ReplyDeleteMinggu lepas,akak baru je kena macam tu;isi air sebelum gerak setiap kali.tapi alhamdulillah,semalam dah tukar radiator.so,pulih seperti biasa.
DeletePendapat anda amat dihargai.