EXAM KPSL W27 PART 1(2015)

By Permata Malap - 8:30 am

Semalam, IbuNoey ada ambil exam KPSL W27. Ini kali kedua IbuNoey ambil exam ni. Kali pertama tahun lepas. Tahun lepas memang agak tak prepare sebab tujuan ambil exam semata-mata untuk tengok macam mana soalannya. Kiranya ambil pengalaman dulu la kan. Ehem, kalau tahun lepas agak tak prepare, tahun ni prepare lebihlah ye? Ahahaha. Tak adalah. Cuma bahan-bahan rujukan bawa lebih sikit tahun ni.




Exam bermula pukul 9.30 pagi. Pusat peperiksaan IbuNoey di Dewan C, MAEPS. Kami gerak dari pejabat dalam pukul 8 pagi. Sebab takut tak dapat bersarapan setibanya di MAEPS, IbuNoey melantak dulu di Selera Semarak, tak jauh dari pejabat IbuNoey. Kat atas tu menu sarapan IbuNoey. Agak meriah kan? 

Kemudian, kami geraklah ke MAEPS. Tahun ni hanya empat orang sahaja di pejabat IbuNoey yang ambil exam ni termasuk IbuNoey. Kesemuanya perempuan. Tahun lepas ada lima orang; ada seorang lelaki. 

Nak dijadikan cerita, beberapa minit sebelum sampai di pusat peperiksaan, kami terdengar lagu yang liriknya macam ni: 

Ku sudah biasa
Ku sudah biasa

Lepas tu, kawan IbuNoey yang seorang ni cakaplah yang lagu ni sesuai untuk kami sebab yelah, dah banyak kali jejak kaki kat MAEPS ni untuk exam. Exam kenaikan BITK pun selalunya dibuat di MAEPS. Jadi, dah biasa datang ke MAEPS ni untuk exam. Berulang kali repeat pula tu.

Lepas tu tiba-tiba muncul lirik macam ni:

'Bila lagi boleh rasa'

Automatik berderai ketawa kami. Erk, bila lagi boleh rasa. Macam hampir kena juga dengan situasi kami yang ada 'harapan' untuk repeat exam ni. Tak apalah, kalau kena repeat, repeat je la. Tak bayar satu sen pun kan.

Papan tanda untuk pusat peperiksaan


Newbie untuk exam ni. Posing dulu la kan.



Nampak tak betapa ramai yang sedang berdiri di luar dewan ni? Ni baru tangkap separuh je. Kalau ambil gambar ke kiri lagi sikit, lagi ramai yang menanti. 

Perasaan IbuNoey masa ambil exam ni? Biasa-biasa je sebab tak adalah excited nak lulus. Soalan exam KPSL W27 ni agak mencabar jika dibandingkan dengan exam KPSL N27. Tapi macam biasalah, ianya akan menjadi mudah kalau bahan-bahan rujukan mencukupi.

Exam bermula seperti yang dijadualkan. Eh, lewat sikit rasanya. Tapi taklah lewat sangat. Dalam 5-10 minit gitu. Yang harunya, soalan yang wajib dijawab (soalan pertama) tak ada jawapan dalam buku yang JANM 'izinkan' untuk bawa. Jawapan tu cuma ada dalam buku Prinsip Akaun SPM. Masalahnya IbuNoey tak bawa pula buku tu sebab risau tak dibenarkan bawa buku SPM. Rupa-rupanya boleh je bawa asalkan berjilid. Erm, rugi, rugi.

Selesai exam, kami pun balik. Kami keluar awal sikit. Dalam pukul 12 tengahari, kami dah keluar dewan. Exam sepatutnya habis pukul 12.30 tengahari. Dah tu, tak ada apa yang dapat dijawab lagi. Nampaknya lirik 'Bila lagi boleh rasa' tu hampir terjawablah kan

P/S: Nanti IbuNoey kongsikan soalan yang keluar tahun ni ye.

On the way balik, ternampak
satu kemalangan kecil

  • Share:

You Might Also Like

0 berkongsi idea

Pendapat anda amat dihargai.