Sumber : Google |
Tidak semua orang akan menyenangi dan menganggap kebaikan dan perubahan positif yang kita lakukan itu sebagai "baik". Pasti ada segelintir yang akan menganggapnya sebagai "berpura-pura", "ada udang di sebalik batu", "minta perhatian", "mengada-ada", "menunjuk-nunjuk". Malah ada yang akan menganggapnya sebagai "jahat" atau "negatif".
Ini kerana dalam dunia ini, memang ada lahirnya orang-orang yang tidak akan pernah berpuas hati dengan apa yang orang lain lakukan. Orang-orang yang tidak berpuas hati ini bersikap sebegini kerana dua sebab; dirinya dirasakan terlalu sempurna dan/atau dia teringin untuk menjadi seperti kita.
Dan janganlah hairan jika orang-orang yang sering tidak berpuas hati ini melakukan pelbagai perkara yang buruk terhadap kita; menjatuhkan kita pada bila-bila masa. Apabila itu terjadi, ingatlah bahawa janganlah kejahatan dibalas dengan kejahatan meskipun kebaikan kita dibalas dengan kejahatan. Kerana apabila ianya begitu, maka akan tiada lagi kebaikan di dunia. Marilah sama-sama muhasabah diri.
0 berkongsi idea
Pendapat anda amat dihargai.