TIPS MANTAP KAKI BODEK

By Permata Malap - 3:00 pm

Siapa kata nak jadi kaki bodek tak perlu ada tips? Kalau tak ada tips, mana boleh jadi kaki bodek yang berjaya. So, jom tengok tips untuk menjadi kaki bodek yang berjaya.

1. Kaki bodek selalunya pandai buat air kopi dan seangkatan dengannya. Kalau tak pandai, sila belajar ye. Dan pastikan rasa dan teksturnya menepati kehendak orang yang hendak dibodek. Kalau tak reti juga, beli je kat kedai.

2. Sentiasa alert dengan kehadiran bos. Kalau nampak sahaja kelibat bos, terus sambut bos dengan senyuman anda. Pastikan senyuman sampai ke hujung telinga.

3. Biarkan bos berehat dalam 5 minit. 5 minit sahaja, jangan lebih. Kemudian segera ketuk pintu bilik bos dan tanya khabar bos. Kalau mood bos kelihatan okey, terus bincangkan pasal kerja walaupun kerja tu tidak sepenting mana. Ini untuk menunjukkan betapa korang sangat komited dengan kerja.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata keramat, "Ok, bos", "Baik, bos", "Beres, bos", "Boleh, bos". Ucapkan sahaja perkataan tu walaupun anda yakin anda tidak mampu melaksanakannya.

5. Kalau ada sesuatu kerja yang hasilnya memuaskan hati bos dan bos tak tahu siapa yang hasilkan, segera katakan itu adalah hasil kerja anda walaupun hakikatnya ianya hasil usaha orang lain.

6. Jika sesuatu kerja yang anda lakukan tidak menepati citarasa bos anda, segera cari seseorang yang boleh dikambing hitamkan. Jangan sesekali mengakui ianya hasil kerja anda.


kipas panasonic
Kipas sangat penting

7. Sentiasa puji penampilan bos walaupun hakikatnya bos itu selekeh pada hari tertentu. Siapa yang tak suka dipuji kan?

8. Jika tidak berpuas hati dengan bos, jangan tunjukkan di hadapan bos. Sentiasa bermanis muka di depan bos. Untuk meredakan rasa tidak puas hati, bolehlah mengutuk bos bersama rakan sekerja di belakang bos.

9. Kalau bos perlukan bantuan, sila hulurkan. Tapi jika anda tidak mampu lakukan, serahkan tugas kepada orang lain tanpa pengetahuan bos dan katakan ianya adalah hasil kerja anda. (Bergantung kepada tips no.5 dan no.6)

10. Awasi pergerakan bos. Pastikan anda berbuat sibuk ketika bos ada di sekitar anda. Jika bos tiada di sekitar anda, bolehlah santai-santai atau bershopping.

Macam mana tips-tips di atas? Korang rasa korang boleh buat ke? Kalau tergamak hati nak buat, silalah. Moga berjaya.

P/S: Jangan bagitau bos korang yang IbuNoey bagi tips macam ni. Ahaha.

  • Share:

You Might Also Like

2 berkongsi idea

  1. Kebiasaannya, kaki bodek dah memang lahir dengan kebolehan seperti ini kan? Hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaha..ye kut.menurut pengalaman melihat keadaan sekeliling.dah try buat sendiri tapi macam susah pula.

      Delete

Pendapat anda amat dihargai.