Akan ku jaga
Kisah cinta kita
Jangan pernah ada
Hati yang terluka
Sungguh ku takut
Jika Engkau jauh
Karna aku takut
Kau berpaling dariku
Ku takut sungguh takut
Takut kehilangan-Mu
Jangan pernah Kau pergi
Pergi meninggalkanku
Potongan lirik daripada lagu Takut Kehilanganmu, nyanyian Denis Chairis
Bila didengari lagu ini, agak menyentuh hati. Kisah seseorang yang takut kehilangan pasangannya. Namun bagi IbuNoey, lirik ini bukan setakat itu. Boleh juga dikaitkan dengan aspek kehidupan kita dengan Pencipta kita.
IbuNoey bukanlah handal dalam membicarakan soal agama. Cuma lirik di atas mengingatkan pada IbuNoey satu istilah dalam Islam iaitu istidraj.
Istidraj bermaksud pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhai-Nya. Istidraj selalunya berlaku kepada hamba yang tidak beriman. Kekayaan yang melampau-lampau bukanlah tanda Allah itu meredhai hidup seseorang. Istidraj boleh juga berlaku kepada golongan yang jauh daripada Allah.
Antara tanda-tanda istidraj:
1. Kekayaan yang melampau-lampau walhal mereka lalai dalam solat, bersedekah demi nama, atau menggunakan harta ke jalan yang tidak diredhai-Nya.
2. Kesihatan yang baik sehingga membawa kepada bangga diri dan memperlekehkan orang lain yang tidak sihat. Malah mungkin tidak memberi bantuan kepada orang yang tidak berupaya.
3. Memperoleh pangkat yang tinggi walaupun selama ini tidak menjaga solat, cuai dalam meluangkan masa untuk ibadah.
Dan banyak lagi contoh istidraj yang lain. Oleh kerana itu, kita perlu sedar, seandainya kita kaya, sihat, berpangkat tinggi, rezeki melimpah ruah, janganlah terus berbangga diri. Dikhuatiri semua itu adalah istidraj. Tidak salah jika kita kaya, sihat, berpangkat tinggi, rezeki melimpah ruah asalkan kita tidak lupa pada Pencipta kita. Jangan sampai terjadinya seperti lirik di atas, "pergi meninggalkanku". Sekadar peringatan.
0 berkongsi idea
Pendapat anda amat dihargai.