LAYAN ANAK SELAGI ADA MASA

By Permata Malap - 10:55 am

Pagi ni terlewat sikit datang ofis. Bukan saja-saja, bukan suka-suka. Tapi demi anak. Bagi IbuNoey, sesibuk manapun IbuNoey, family paling utama. So, tak kisahlah kalau ada yang nak kata IbuNoey ni sengaja reka cerita ke, sengaja nak manja-manja ke, lantak la. I know how to handle my family and how to act bila benda yang tak disangka-sangka muncul.

anak-anak manjda, pertandingan anak comel


Tak tahulah apa angin Farhan hari ni, seawal Subuh dah menangis. Nak kena layan, nak kena peluk, nak kena belai. Memang IbuNoey tak boleh nak buat apa langsung. IbuNoey gerak sedikit nak ke tandas pun dia dah sedar dan menangis.

Minta bantuan AyahMal untuk tengokkan sekejap, melalak bersungguh dalam buaian. IbuNoey mulanya angin juga. Yelah, kita dahlah nak pergi kerja. Waktu macam ni pula la buat hal. Mata ni kerap kali kerling jam kat dinding.

Tapi... ye ada tapinya. Bila IbuNoey fikir semacam pelik perangai Farhan ni sebab selalunya dia behave jer, so IbuNoey ambil keputusan untuk layankan saja. Lewat pergi pejabat? Tak apalah. Ada juga yang akan faham. Kalau yang tak faham, ignore je la. Mungkin orang tu terasa diri perfect sangat, so tak peduli masalah orang lain.

Berbalik kepada Farhan. IbuNoey layan sahaja karenahnya. IbuNoey risau juga kalau dia ada sakit apa-apa. Tapi bila belek sana belek sini, tak ada apa-apa yang mencurigakan. So, IbuNoey sedapkan hati sahaja sambil berdoa moga tak ada apa-apa yang buruk berlaku. Dan berdoa semoga Farhan behave semula.

Dan Al-Hamdulillah, selepas sesi pujuk memujuk dan bagi susu, Farhan tidur lena. Maksudnya dia tak bangun dan melalak la bila IbuNoey bergerak sedikit. Lepas tu, kelam kabutlah IbuNoey bersiap. Tapi kalau bersiap secepat manapun, IbuNoey tetap lewat juga. Sebab masa tu dah nak pukul 8 okey. Mana nak sempatnya kalau IbuNoey kena masuk pejabat pukul 8.

Begitulah pengorbanan seorang ibu bekerja. Kadang anak-anak ni nak bermanja tapi masanya tak sesuai sebab kita perlu bertolak ke tempat kerja. Sebelum ni tak pernah Farhan buat perangai macam ni kecuali kalau dia demam. Tapi tak apalah. Siapa lagi yang nak layankan perangai anak-anak sendiri? Mungkin susah orang lain nak faham keadaan kita. Tapi biarlah. Esok lusa mereka akan merasainya juga kan.

  • Share:

You Might Also Like

4 berkongsi idea

  1. Belum puas tidur tu IN. Yg penting bukan tak sihat nak pergi kerja hati pun senang. Kalau tak mesti kat office pun teringat-ingat kan.

    Memang kita sebagai ibu kena kawal kemarahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugala,kak zakie.memang kadang kalau anak-anak meragam sebelum kita pergi kerja,rasa tak sedap hati je bila sampai kat pejabat.

      Delete
  2. tersentuh baca coretan akak kali ni. Inilah cabaran ibu yang bekerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitu la,haziq.tak boleh lebihkan sangat hal kerja ni sebab kerja boleh dicari ganti.

      Delete

Pendapat anda amat dihargai.